Saturday, August 14, 2010

Bacaan Untuk Peperiksaan

Untuk peperiksaan, sila baca bahan-bahan yang dibekalkan oleh Puan Maznah dan saya. Untuk bahan-bahan saya, selain daripada saya ialah:

1. Slaid-slaid untuk kuliah (Tajuk MK Dalam Organisasi hingga Teknik-teknik KMK)
2. Jawapan kepada soalan kuiz 'Pokok Keputusan'.
3. Slaid-slaid Tambahan yang mesti dibaca.

SLAID-SLAID KULIAH
Sila dapatkan dengn mengklik menu sebelah kanan blog ini.

JAWAPAN SOALAN KUIZ 'POKOK KEPUTUSAN'

Soalan dan jawapan sebagaimana yang dibincang dalam kelas ialah seperti berikut:

Soalan 1


Manakah di antara berikut adalah TIDAK BENAR mengenai kaedah 'pokok keputusan'?
A. Menyediakan formula penyelesaian sistematik dalam konteks pertanian.

B. Menyediakan kepada anda struktur yang berkesan do mana anda boleh mengkaji dan seterusnya memilih penyelesaian tindakan.

C. Memberi gambaran kepada anda tentang faedah dan risiko setiap satu tindakan yang disenaraikan.

D. Membantu anda memilih daripada beberapa alternatif tindakan.

E. Berguna dalam memberikan panduan pembuatan keputusan dalam keadaan sumber yang terhad.

Soalan 2


Manakah di antara berikut TIDAK BENAR tentang kaedah pokok keputusan?

A. Membolehkan kita untuk menganalisa keputusan secara sepenuhnya.

B. Menyediakan kerangka di mana kita dapat meletakkan nila pada setiap jalan penyelesaian.

C. Memberikan idea kepada kita tentang kesan setiap satu jalan penyelesaian.

D. Penggunaannya mestilah disertai dengan common sense.

E. Setiap satu garisan mewakili 4 kategori yang utama iaitu manusia, bahan, kaedah dan peralatan (man, material, method and machine).

Jawapan:
Soalan 1: A
Soalan 2: E

SLAID-SLAID TAMBAHAN (MESTI BACA)

Slaid-slaid tersebut ialah:







Panduan Penulisan Tugasan

Untuk memudahkan tuan-puan melakukan tugasan, sila rujuk kepada template atau panduan yang telah disediakan. Sila tukar tajuk tugasan, nama-nama ahli kumpulan dan point-point di bawah bagaimana membuat keputusan dan apa cabaran yang dihadapi dengan apa yang telah dibincangkan dalam kumpulan. Untuk lihat panduan, tuan-puan boleh klik di sini untuk paparan penuh atau rujuk kepada dokumen yang dilampirkan di bawah.

Monday, August 2, 2010

Refleksi Sesi Perbincangan Rabu 28 Julai 2010

Hari ini 28 Julai 2010 seperti biasa kuliah ZT2263 Kemahiran Membuat Keputusan telah bermula pada pukul 2.30 petang di GM5. Pada petang ini Dr. Ahmad Zamri pensyarah kami berkemeja lengan pendek kelihatan tenang tetapi `mucho`. Kuliah yang dijalankan dengan cara berteknologi menyebabkan aku dan rakan-rakan beria-ia menggunakan `lap-top` walaupun kemahiran tak seberapa pun. Tetapi oleh sebab nota-nota kuliah semuanya berada di laman blog beliau maka kami teruja untuk mendalami kemahiran penggunaan caragaya pembelajaran ini.

Pada hari ini tajuk kuliah kami ialah berkaitan Stail Membuat Keputusan. Kami didedahkan kepada stail-stail dalam membuat keputusan dan ciri-ciri kepada stail-stail tersebut. Kuliah telah membincangkan tentang stail-stail `Decisive`, `Hierarchic`, `Flexible`, `Intergrative` dan `Systemic`. Berdasarkan kepada penerangan, contoh-contoh serta perbincangan yang dijalankan saya teruja untuk merefleksikannya dengan pengalaman yang pernah rakan saya lalui dalam membuat keputusan yang saya rasa amat penting dalam hidup beliau.

Ada banyak perkara yang kita simpan dalam hati dan fikiran kita yang rasanya sulit untuk dikatakan. Menuliskannya adalah salah satu cara kita untuk mengekspresi apa yang kita rasakan dan apa yang kita fikirkan. Untuk siapa pun yang membaca refleksi ini, semoga mendapat hikmahnya. Ianya terhasil dari proses membuat keputusan.

Sepanjang hidup kita sudah pasti setiap orang akan beberapa kali membuat keputusan samada yang mudah ataupun yang sukar. Yang pastinya setiap keputusan yang diambil mempunyai risiko-risikonya yang tersendiri.

Situasi ini berlaku pada ketika itu rakan saya yang masih muda, berkarier, suka `enjoy` ada ramai teman wanita, yang `special` pun dah ada. Dari latarbelakang keluarga yang berpendidikan dan beliau juga masih belum bersedia untuk mempunyai komitmen yang jelas dalam berumahtangga. Itulah gaya hidup yang memang beliau impikan.

Memang sukar untuk dijelaskan bagaimana 2 helai kertas tentang butiran peribadi dan maklumat berkaitan seseorang yang beliau tunjukkan kepada saya yang diberi oleh kedua ibubapanya mampu membuat beliau merasa begitu teruja mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Dan saya juga tidak mempunyai jawapan atas pertanyaan apa yang membuat beliau berani mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seseorang yang wajahnya bahkan namanya pun tidak pernah wujud dalam ingatan beliau.

Berkahwin dalam waktu hanya berselang beberapa bulan dari pertemuan pertama memang merupakan sesuatu yang tidak mudah untuk dimengertikan oleh semua orang pada umumnya. Dan bohong besar kalau saya katakan bahawa beliau tidak pernah ada rasa takut atau ragu - ragu. Perasaan takut atau ragu - ragu rasanya sesuatu yang sangat relevan pada beliau ketika itu.

Di awalnya, banyak hal yang menjadi persoalan besar sebelum beliau memutuskan untuk mendirikan rumahtangga. Mulai dari latar belakang keluarga beliau dan keluarga calon isteri yang berbeza tahap pendidikan yang bakal menyulitkan proses untuk menyesuaikan keadaan sampailah kepada kriteria fizik yang ideal. Dan saya rasa itu menimbulkan perbagai persoalan atau keraguan yang wajar di alami oleh semua orang, dan bukan sesuatu yang memalukan untuk beliau kongsi. Sayalah orangnya yang menjadi pendengar setia.

Memang sukar bagi beliau untuk membuat keputusan, apatah lagi mendirikan rumahtangga bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah bilamana ianya merupakan suatu ikatan kehidupan. Tambahan beliau telahpun mempunyai pilihan sendiri. Namun walaupun ianya memerlukan timbangtara yang mantap tetapi bukan perkara mustahil untuk membuat keputusan.

Akhirnya semua persoalan itu saya lihat menjadi tidak penting ketika beliau berpegang pada prinsip yang `substantial`. Katanya “ Semua menjadi tidak penting ketika kita meyakini bahawa ketika kita mengahwini seseorang kerana keputusan kita terhadap latarbelakang keluarga, akhlak dan agamanya.” Dan akhirnya ... keputusan besar itu pun beliau ambil.

Terlalu awal untuk mengatakan bahawa perkahwinan beliau akan selalu bahagia, kerana pada permulaannya saya lihat kehidupan mereka bagaikan orang asing, Gaya hidup sosial yang sukar untuk beliau tinggalkan. Wujud pelbagai cabaran yang membuat beliau bertanya saya adakah keputusan yang telah beliau buat itu adalah betul.

Bagi semua orang yang masih bersabar menunggu, yakinlah bahawa bersabar itu tidak akan pernah lama. Dan buah kesabaran dari penantian sampai akhirnya. Allah mempertemukan beliau dengan seseorang yang terbaik untuk dirinya, itu adalah buah kesabaran yang nilainya jauh lebih baik dari jerih payah kita dalam bersabar itu sendiri.

Tapi ada kebahagiaan tersendiri ketika mendengar isteri beliau berkatanya "you may not be the perfect one of all, but I belive that you are the best one for me". Itulah kalimat yang diluahkan oleh isteri beliau yang beliau ceritakan kepada saya.

Alhamdulillah, setelah 24 tahun mereka masih bersama dan telah dikurniakan 4 puteri serta seorang putera. Puteri sulung baru saja graduasi dari USM, puteri yang kedua tahun akhir di UIAM, puteri yang ketiga di Matrikulasi Johor, puteri yang ke empat di MRSM dan putera tunggal kami masih di tahun 3.

Itulah keputusan yang terbaik yang saya rasa telah beliau ambil dalam perjalanan hidupnya setakat ini. Namun………………… kini satu lagi keputusan telah beliau buat iaitu menyambung pengajian ke peringkat universiti dalam usia hampir senja. Dalam situasi dimana beliau telah memperolehi segalanya, karier yang baik, keluarga yang bahagia, anak-anak yang berjaya dan harta yang seadanya, saya rasa ianya bukanlah suatu keutamaan lagi bagi beliau, tapi…… ITULAH KEPUTUSAN YANG TELAH BELIAU AMBIL . Apa stail membuat keputusan yang dibuat oleh beliau agaknya………………….?????

A130548 - Safian B Ab.Rahman
PKPGB Kohort 4
UKM Bangi.



7/28/2010 21:04:39 STAIL MEMBUAT KEPUTUSAN A130540 MOHD TAJUDIN HARUN

TAJUK : REFLEKSI TENTANG STAIL MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PENTADBIR DI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Perkara yang tidak kurang pentingnya dalam pengurusan organisasi di sesebuah sekolah ialah membuat keputusan. Sama ada kita menyusun matlamat, merancang bagaimana hendak mencapainya, atau menangani isu-isu yang timbul dalam mengelola dan melaksanakan aktiviti-aktiviti harian, ia bergantung kepada keupayaan kita untuk membuat keputusan. Membuat keputusan boleh menjadi satu proses yang menyakitkan kerana ia melibatkan perubahan, konflik, risiko membuat kesilapan dan menerima akibat daripadanya, dan terpaksa menangani kebanjiran fakta dan alternatif yang harus dipilih secara bijaksana. Justeru, ramai orang yang sanggup dan rela membuat apa sahaja asalkan tidak diminta membuat keputusan.

Begitu juga dalam pengurusan pentadbiran sesebuah sekolah, membuat keputusan merupakan antara tugas utama guru besar atau pengetua sebagai pentadbir. Setiap pengurus yang berkesan mestilah berkeupayaan membuat keputusan yang dapat membantu organisasi mencapai matlamat dan pada masa yang sama dapat memuaskan keperluan-keperluan ahli-ahli dalam organisasi.

Isu yang timbul ialah sejauhmanakah keputusan yang dibuat oleh pengurus di sekolah merupakan keputusan yang efektif? Dalam hal tertentu, banyak keputusan di sekolah dikatakan hanya ditentukan oleh pihak pentadbir secara autokratik tanpa melibatkan pandangan subordinatnya.

2. KONSEP MEMBUATAN KEPUTUSAN ( DECISION MAKING )

Keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia ada. Pilihan merupakan suatu fungsi kepada objektif si pembuat keputusan tadi, maka dalam penilaian alternatif untuk dipilih, si pembuat juga berminat untuk mengetahui akibat daripada tindakan, ekoran daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan juga melibatkan elemen ketakpastian. Banyak definisi wujud mengenai proses membuat keputusan dan perkataan ‘keputusan’. Iaitu Menurut, Ofstad

To say that a person has made a decision may mean:

• that he has started a series of behavioral reactions in favor of something, or it may mean

• that he has made up his mind to do certain action, which he has no doubts that he ought to do. But perhaps the most common use of the term is this: ‘to make a decision’.

• To make a judgement regarding what one ought to do in a certain situation after having deliberated on some alternative courses of action.1

Menurut, Herbert A. Simon dalam kerja atas Keputusan bagi pengurusan sains, menganggap pembuat keputusan sebagai satu proses yang sama dengan seluruh proses pengurusan. Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.

Dalam teori pengurusan moden, membuatan keputusan merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sebuah organisasi. Mengikut Robiah Sidin (1988) pembuatan keputusan itu ialah proses berfikir dan membuat pertimbangan berasaskan penganalisisan yang bersungguh-sungguh tentang sesuatu situasi dan proses memikirkan secukup-cukupnya berkenaan urutan aktiviti atau cara-cara yang dapat digunakan sebagai tindakan. Fred Luthans (1976) pula menyifatkannya sebagai satu proses membuat pilihan antara beberapa alternatif. Newman (1972) pula menyamakannya sebagai perancangan. Alberts (1974) mengklasifikasikan sebagai perancangan, motivasi dan pengawalan. Cambell, Corbally dan Nystrand (1983) pula menyatakan pembuatan keputusan ialah memilih antara cara-cara bergerak ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Lipham (1985) seterusnya menyatakan bahawa peranan pengetua di sekolah adalah untuk memajukan cara-cara membuat keputusan dan melaksanakan perubahan pendidikan.

Membuat keputusan ini dikatakan sebagai tanggungjawab penting pentadbir sekolah dan ia melibatkan 3 perkara iaitu kandungan keputusan, bagaimana keputusan harus diambil, dan penglibatan staf dalam membuat keputusan. Dalam hal ini pentadbir atau pengurus sekolah perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam menentukan maklumat yang diperlukan, individu yang dilibatkan serta mengadakan struktur yang sesuai untuk membuat keputusan. Pengurus sekolah yang berkesan dapat membuat keputusan yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di samping itu maklumat yang digunakan untuk membuat keputusan dikumpulkan dengan cara sistematik dan berterusan sama ada dari kajian atau maklumat sekolahnya sendiri.

3. REFLEKSI CARAGAYA PEMBUATAN KEPUTUSAN DI SEKOLAH

3.1 Isu Menangani Masalah Ponteng Sekolah Dikalangan Pelajar.

Ponteng sekolah bukanlah isu baru bagi pihak pengurusan di sekolah, terutamanya bagi sekolah menengah harian. Isu ponteng ini telah berleluasa dan berpanjangan dan amat sukar untuk diatasi sepenuhnya oleh pihak sekolah. pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani isu ini. Disini kita bukan hendak membicarakan tentang faktor mengapa ponteng sekolah berlaku, tetapi kita ingin melihat tentang bagaimana ianya ditangani oleh pihak sekolah. Dengan kata lainnya, bagaimana pihak pentadbiran sekolah menguruskan isu ini ke arah penyelesaiannya apabila ianya berlaku. Bagaimana pihak sekolah membuat keputusan terhadap isu ini.

3.2. GAYA PENYELESAIAN

Di sekolah, walaupun pengetua merupakan personel yang bertanggungiawab penuh dalam sebarang proses membuat keputusan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan, banyak keputusan yang berkait dengan isu sekolah mengambil kira penyertaan subordinat iaitu guru-guru dan kakitangan. Malah dalam aspek tertentu yang melibatkan komuniti, keputusan dibuat mengambil kira pandangan ‘stakeholders’ khususnya PIBG. Perkara ini lebih jelas dilihat kerana sekolah mempunyai sistem pengurusan yang sistematik dengan wujudnya unit-unit kecil iaitu jawatankuasa-jawatankuasa kecil seperti jawatankuasa disiplin pelajar, jawatankuasa kantin dan sebagainya. Ini merupakan antara medium yang sering digunakan oleh pengetua dalam membuat keputusan secara kolaboratif.

Hoy dan Miskel (1996) yang meninjau pembuatan keputusan dari aspek pentadbiran pendidikan telah menyarankan 5 langkah yang boleh dibuat oleh pengetua dalam membuat keputusan. Langkah-langkah tersebut ialah:

1. Mengenal pasti dan mendefinisikan masalah.

2. Menganalisis kesukaran dalam situasi semasa.

3. Membentuk kriteria untuk penyelesaian.

4. Membuat perancangan atau strategi untuk tindakan. Ini termasuk mengkhususkan alternatif, meramal kesan-kesan dan memilih alternatif.

5. Membuat perancangan dari segi merencana, berkomunikasi, menyelenggara dan menilai konsekuen keputusan.

1. Mengenalpasti dan mendefinisikan masalah

Bagi pentadbir sekolah yang berkesan, mengenalpasi dan mendefinisikan masalah atau isu yang timbul perlu dilaksanakan terlebih dahulu dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Bagi isu ponteng sekolah yang dibicarakan di atas, pihak pentadbir sekolah mestilah benar – benar pasti jenis dan faktor mengapa berlakunya ponteng tersebut. Satu kajian tindakan dan pemerhatian mesti dilakukan oleh pihak sekolah. Dapatkan data dan dapatan sebenar tentang isu tersebut. Beri penjelasan kepada semua warga sekolah berkaitan dengan dapatan dan data kajian atau pemerhatian yang dilakukan. Biar semua warga sekolah faham tentang isu atau cabaran yang sedang dihadapi sekolah. Elakkan dari menyembunyikan fakta sebenar mengapa berlakunya isu tersebut.

2. Menganalisis kesukaran dalam situasi semasa

Pihak pentadbir sekolah yang peka akan sentiasa membuat penganalisaan terhadap isu dan permasalahan yang dihadapi oleh organisasi sekolahnya. Penganalisaan berasaskan data kajian atau pemerhatian dapat memberi gambaran sebenar tentang aras permasalahan yang dihadapi sekolah. Dalam kes atau isu ponteng ini, pihak pengurusan sekolah tahu aras kesukaran yang dihadapi, sama ada kritikal atau tidak, memberikan kesan kepada bidang lain atau tidak dan sebagainya. Apakah impak isu tersebut kepada pengurusan sekolah keseluruhannya, apa kaitan dengan pencapaian dan perkembangan kurikulum, kokurikulum dan pengurusan sekolah.

3. Membentuk kriteria untuk penyelesaian

Bagi item ini, pihak pengurus sekolah perlu membina atau merangka satu bentuk cadangan penyelesaian terhadap isu yang dihadapi. Untuk membentuk kriteria penyelesaian ini, disini pentadbir atau pengurus sekolah mesti memiliki dan melaksanakan gaya pengurusan masalah yang lebih fleksibal, berstruktur, dan melibatkan ramai lagi pemimpin lain di sekolah. Libatkan semua pemimpin kecil sekolah yang berkepentingan contohnya, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Disiplin, Kaunselor Pelajar, Guru Pengawas , PIBG dan sebagainya. Bentuk kriteria yang benar – benar mampan dan berkesan bagi menangani gejala yang sedang dihadapi. Disini pengurus sekolah tidak boleh bersikap autokratik, kerana isu ponteng ini kalau salah ditangani akan menimbulkan impak yang besar dan mendalam kepada pelajar dan sekolah.

4. Membuat perancangan atau strategi untuk tindakan. Ini termasuk mengkhususkan alternatif, meramal kesan-kesan dan memilih alternatif.

Bagi langkah ini, pihak pengurus iaitu guru besar atau pengetua sekolah perlu mambina, merancang dan memberi fokus kepada cadangan tindakan atau altenatif penyelesaian yang harus diambil. Bagi langkah ini, pihak pentadbir sekolah perlu mengamalkan gaya pimpinan yang fleksibal bukan autokratik. Minta pendapat atau idea dari pemimpin – pemimpin kecil sekolah yamg lain, adakan perbincangan meja bulat dalam merangka strategi penyelesaian ini. Pelan strategi jangka pendek dan jangka panjang perlu dibina bersama dalam semangat berpasukan dalam usaha menangani isu dan permasalahan yang dihadapi. Ambil kira semua faktor yang menyumbang berlakunya ponteng sekolah ini sebelum mencadangkan strategi penyelesaiannya. Cadangan altenatif ini pula perlulah diramalkan kesan dan impaknya kepada pelajar, sekolah dan masyarakat sekitar. Fokus kepada beberapa altenatif yang difikirkan bersama mampu menangani isu tersebut di atas. Altenatif penyelesaian biarlah banyak, kerana dibimbangkan tidak bersesuaian dengan penyelesaian isu, bolehlah ianya dipinggirkan. Kalau terlalu ‘rigid’ atau terikat dengan satu cadangan sahaja akan menimbulkan kesan lain terhadap usaha penyelesaian isu. Cadngan altenatif ini juga perlu bersesuaian dengan latar isu yang dihadapi, contohnya, latar belakang masyarakat, taraf sosio ekonomi, pesekitaran keluarga pelajar dan sebagainya.

5. Membuat perancangan dari segi merencana, berkomunikasi, menyelenggara dan menilai konsekuen keputusan.

Bagi langkah ini pihak pengurusan sekolah perlu mamiliki gaya dan kemahiran yang baik dari segi perencanaan, perancangan, tatacara berkomunikasi, penyelenggaraan isu yang dihadapi dan seterunya menilai konsekuen terhadap keputusan yang akan diambil. Kemahiran terhadap tadbirurus plan strategi, kajian tindakan dan sebagainya perlu ada. Gunakan segala kepakaran yang ada disekolah dalam merancang pelan penyelesaian ini. Elakkan dari membuat perencanaan sendiri, kerana sering menganggap kita ketua atau boss tahu semuanya. Perancangan mesti mantap, contohnya rancangkan pertemuan dengan ibu – bapa dan masyarakat sekitar melalui program “keibubapaan”. Adakan pertemuan dengan semua pihak atau agensi yang berkaitan menerusi program permaufakatan dapatkan idea dan cadangan mereka bagi menangani isu yang dihadapi.

4. RUMUSAN

Strategi partisipatif adalah sesuai apabila keputusan tersebut memerlukan penerimaan yang padu, kerana keputusan yang begitu selalunya memberi peluang kepada orang yang terlibat untuk mempengaruhi hasil. Memperoleh penerimaan melalui strategi partisipatif ini bukan sahaja memberikan guru dan kakitangan rasa berpengaruh untuk membuat keputusan tetapi juga memberi mereka pengetahuan mengapa sesuatu tindakan itu diambil.

Secara umum pembuatan keputusan secara partisipatif telah digunakan secara meluas oleh pengetua dalam sistem pengurusan sekolah kini. Bush et.al (1980) menyatakan bahawa pembuatan keputusan partisipatif biasanya digunakan di sekolah dalam perkara-perkara mengenai melantik kakitangan, menyedia belanjawan, pemilihan buku teks, menyelesaikan masalah pelajar, membina jadual waktu sekolah, menyelesaikan masalah guru dan kakitangan, menggunakan kaedah pengajaran baru, keputusan berkaitan kemudahan bangunan, menyelesaikan masalah perkhidmatan pentadbiran dan keputusan tentang polisi umum sekolah.

Banyak kajian menyatakan bahawa keputusan partisipatif adalah menguntungkan. Ia digabungkan dengan pertimbangan etika dan moral yang akan menyediakan sokongan untuk penglibatan aktif daripada kakitangan profesional dalam keputusan-keputusan yang mempengaruhi mereka. Keputusan partisipatif boleh memberi beberapa kebaikan (Newell, 1978). Keputusan ini lebih baik kerana terdapat penglibatan guru dan kakitangan. Ia juga dapat memperkembangkan potensi individu melalui penglibatan dalam proses membuat keputusan. Seterusnya, ia dapat mengintegrasikan matlamat peribadi dengan matlamat organisasi dan membantu ke arah keharmonian dan perpaduan dalam organisasi.

Apabila kakitangan dijadikan penyumbang aktif dalam membuat keputusan, mereka akan merasakan dihargai dan dihormati. Lunenburg (1995) menyenaraikan 4 kelebihan membuat keputusan secara partisipatif iaitu tahap pengetahuan akan semakin meningkat apabila banyak maklumat dan pengalaman disumbangkan. Kedua, lebih banyak pilihan pendekatan boleh diperoleh apabila setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam mencari maklumat, menganalisis masalah dalam setiap peringkat membuat keputusan. Ketiga, melalui kumpulan, kita dapat mengenal pasti dan menilai lebih banyak alternatif daripada ahli yang terlibat dan yang keempat, meningkatkan penerimaan keputusan oleh ahli organisasi.

5. RUJUKAN

• Peter Byrne David Cadman, 1993, Risiko, Ketakpastian dan Membuat Keputusan dalam Pemabangunan Harta, DBP Kuala Lumpur .

• Zainal Ariffin Ahmad, 1998, Perlakuan Organisasi, Penerbit Fajar Bakti .

• Kathryn M. Bartol & David C. Martin, 1998, Management, Irwin McGraw-Hill.

• Berkowitz, Kerin, Hartley and Rudelius, 1997, Marketing, Irwin McGraw-Hill.

• Nota Kuliah Dr. Ahmad Zamri Mansor, 2010. UKM. Bangi

• Rakan Pembimbing. Jabatan Perdana Menteri. Buletin 2, Jun 2008

OLEH

A130540

MOHD TAJUDIN HARUN

PKPGB 4, UKM BANGI

28 JULAI 2010


7/28/2010 21:42:19 28.07.2010 A 130550 How Siew Yin Hari ini pada jam pukul 2.30ptg, kami mengikuti kuliah KMK tentang topik “Decision Making Styles”. Selepas balik dari kuliah kami diminta tulis satu refleksi atas topik yang diajar hari ini.

Melalui kuliah petang ini, saya mengetahui tidak terdapat satu jenis stail membuat keputusan yang dikatakan lebih baik daripada yang lain .Membuat keputusan juga tidak ada kaitan dengan kebijaksanaan seseorang tetapi berkait rapat dengan kekerapan atau kebiasaan seseorang membuat keputusan sama ada melalui pengalaman sebenar atau pengalaman orang lain. Keberkesanan membuat keputusan itu perlu digunakan mengikut keperluan keadaan dan bergantung kepada situasi.

Saya juga didedahkan kepada dimensi stail membuat keputusan iaitu “Information use” yang merujukan kuantiti maklumat sebenar yang digunakan dalam proses membuat keputusan ,dan “Solution use” yang merujukan kepada sama ada menumpu kepada satu cara yang jelas atau mengenalpasti pelbagai alternative cara membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Selain daripada itu, dalam kuliah ini telah membincang juga tentang satil-stail membuat keputusan seperti “Decisive” ,“Hierarchic” ,“Fleksible” ,“Intergrative”,dan “Systematic” dan ciri-ciri yang ada pada setiap stail itu secara terperinci.

Setelah diterangi, diberi contoh-contoh serta mengikuti perbincangan, saya merefleksikannya dengan stail membuat keputusan bekas seorang guru besar saya . Beliau adalah guru besar pertama saya selepas saya tamat maktab perguruan.

Beliau sentiasa membuat sesuatu keputusan untuk melaksanakan sesuatu tindakan, aktiviti atau program dengan cepat tanpa mendapat pandangan daripada staf. Beliau juga kekal dan tidak hendak mengubah keputusannya walaupun terdapat bantahan daripada staf atau ibubapa.

Antara keputusan yang dibuatnya seperti megeluarkan arahan kepada semua guru, guru tidak dibenarkan makan apa saja, tidak boleh berbual lain daripada P&P dalam pejabat guru dalam waktu persekolahan kerana dianggapkan membazirkan masa untuk membuat penyediaan P&P dan memeriksa buku latihan pelajar.

Satu lagi contoh adalah mengeluarkan arahansemua pelajar tidak boleh berlari, bersiar-siar, berbual-bual pada waktu rehat dan semua pelajar juga tidak dibenarkan keluar dari rumah selepas pukul 7.30 ptg. Beliau sendiri akan meronda pada waktu rehat dan selepas pukul 7.30 ptg supaya semua pelajar mematuhi arahannya.

Saya anggap stail yang digunakan oleh bekas guru besar saya lebih mencondong kepada “Statisficer” dan “Unifocus” dan merupakan seorang yang dikatakan “Decisive” kerana beliau sentiasa bertindak dengan pantas, lebih mengutamakan pelaksanaan, kekal terhadap keputusan beliau dan sentiasa abaikan pandangan orang lain, beliau seorang yang pegang kuat pada ketepatan masa, suka mengawal dan mementingkan kualiti.

Walaupun jelas niat bekas guru besar saya itu membuat keputusan begitu adalah demi kebaikan sekolah dan pelajar kerana anggapan beliau sekolah merupakan sebuah organisasi yang berdisiplin. Guru dan pelajar harus mementingkan akademik daripada yang lain, akan tetapi pada pendapat saya beliau kurang bersifat kemanusiaan.

Sekiranya orang bawahan beliau dapat terima keputusan beliau dengan fikiran yang terbuka maka akan membawa manfaat yang besar kepada sekolah itu, malah kalau keputusan itu diterima secara negatif, maka akan berlakunya konflik dan masalah yang tidak diingini

Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat seorang pemimpin yang bijak membuat keputusan harus mengamalkan dimensi “Maximiser” dan “Multifocus” dan dengan multi- stail mengikut situasi dan tahap keputusan yang hendak diselesaikan.

How Siew Yin
PKPGB4

7/28/2010 21:56:44 Stail Membuat Keputusan A130535 Chin Yen Mui Kami didedahkan dengan stail membuat keputusan hari ini. Terdapat stail membuat keputusan yang baik dan stail membuat keputusan yang tidak baik. Biasanya, pembuat keputusan terpengaruh dengan pengalaman cara membuat keputusan orang lain ataupun mengalami situasi membuat keputusan secara pengalaman diri. Keberkesanan stail membuat keputusan adalah bergantung kepada situasi pada suasana tersebut. Kadang-kadang keputusan yang dibuat adalah baik tetapi adakalanya tidak. Keputusan yang baik akan mendatangkan kebaikan manakala keputusan yang tidak baik mungkin akan menimbulkan ketidakpuashatian.

Setiap orang tidak dapat elakkan diri daripada membuat keputusan. Kadang-kadang kita melakukan kesilapan ketika membuat keputusan. Ada kalanya, kita membuat keputusan tanpa melihat objektif atau keperluan sebenar, tanpa berfikir panjang dan mendalam. Kita akan mengabaikan aspek-aspek penting serta meletakkan kriteria-kriteria tertentu ketika membuat keputusan.

Keputusan yang baik bergantung kepada pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Walau bagaimanapun, kita dipengaruhi elemen ketidakpastian, risiko, perbezaan perspektif, keterbatasan pemikiran manusia dan kekompleksan masalah semasa membuat keputusan. Ini akan menyebabkan keputusan yang kita buat kurang tepat.

Terdapat lima stail membuat keputusan, iaitu “decisive”, “hierarchic”, “flexible”, “integrative” dan “systemic”. Pembuatkeputusan bercorak “Decisive” adalah cepat, berorientasikan tindakan, berterusan, tepat, mengawal dan berkualiti manakala pembuat keputusan bercorak “Hierarchic” adalah perlahan, teliti, logikal, mementingkan kesempurnaan, mengawal dan berkualiti. Pembuat keputusan bercorak “Flexible” pula adalah cepat, dapat menyesuaikan diri, berorentasikan tindakan terbuka, boleh bergaul dan mengikut gerak hati. Stail “Integrative” adalah perlahan, dapat menyesuaikan diri, terbuka, analitikal, suka meneroka dan bersifat kreatif.

Saya terkenang akan bekas ketua jabatan saya yang saya jadikan sebagai teladan. Beliau merupakan seorang yang pendiam tetapi cekap dalam menyelesaikan masalah. Beliau merupakan pakar rujuk staf di sekolah dan penduduk

kampung di sekitar sekolah. Apabila penduduk kampung menghadapi masalah, beliau sentiasa diminta untuk memberi bantuan dan pandangan. Beliau sentiasa bersedia untuk mendengar keluhan atau masalah serta bekerjasama dengan mereka. Beliau juga cekap dalam menyelesaikan konflik, menjana idea yang bermakna serta mengendalikan ketidakpastian di kalangan staf dan penduduk kampung.

Beliau mempunyai stail membuat keputusan “Herarchic”. Beliau berpandangan luas. Beliau sentiasa bersedia ketika membuat keputusan. Input-input daripada staf sentiasa dirujuk dan dipakaiguna. Perbincangan juga dibuat agar keputusan yang dibuat kelak tidak menimbulkan masalah. Beliau bersedia untuk menerima idea-idea yang bernas daripada staf dalam urusan sekolah. Beliau merupakan seorang pendengar yang sabar dan tidak pernah mendesak untuk mendapatkan respon daripada staf. Sebelum keputusan dibuat, maklumat-maklumat sentiasa dalam tangan dan beliau dapat memberi fakta yang berkaitan dengan tepat dan cepat. Keputusan yang dibuat kebanyakannya dapat diterima dan dipersetujui ramai. Oleh itu, beliau disegani oleh semua staf dan stakeholders.

Sebaliknya, seorang lagi ketua jabatan saya yang lain pula mempuyai sifat-sifat yang bertentangan dan jauh berbeza daripada ketua jabatan yang disebut di atas. Dia adalah bersifat degil dan sombong. Dia tidak mendapat sokongan daripada semua pihak. Ini disebabkan dia hanya berpegang pada falsafah sendiri. Idea-idea staf tidak dapat diterimanya malah dikritik dengan kata-kata yang kurang menyenangkan serta menyakitkan hati sesetengah staf. Dia tidak sabar dan mengawal segala aktiviti yang dijalankan di sekolah. Keputusan yang dibuat sentiasa berubah sehingga menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan guru dan staf serta para ibu bapa. Ini secara langsung telah menyebabkan sebilangan staf putus asa dan kurang komitmen terhadap tugas masing-masing. Hubungannya dengan ibu bapa, PIBG dan pengelola sekolah adalah tidak baik. Segala keputusannya tidak disokong oleh ketiga-tiga pihak. Ini menyebabkan ketidakterlibatan para ibu bapa dalam kegiatan sekolah walaupun sebelum ini hubungan ibu bapa dengan sekolah adalah baik sekali.

Kedua-dua ketua jabatan ini memainkan peranan yang berbeza dalam proses membuat keputusan. Output atau hasil daripada keuputusan yang dibuat juga mendatangkan hasil yang berlainan. Saya sentiasa mengingatkan diri saya agar bersifat terbuka dan bersedia menerima cadangan-cadangan daripada guru sebelum membuat sesuatu keputusan kerana

keputusan yang dibuat bersama dan melakukan bersama demi kebaikan sekolah adalah penting untuk kejayaan semua pihak dalam keadaan “win-win situation”.

Chin Yen Mui

.
7/28/2010 22:16:21 Decision making Styles A130538 Vasantah Nadasan Often it's necessary to make decisions by taking account of our own personal and situational constraints.In such circumstances we may need to choose between decisions that are "good enough" as opposed to those which might be "ideal". Selecting "good enough" decisions is sometimes categorized as "satisficing". This means going with the first decision that is acceptable, adn that meets the minimum requirements for the solution. Alternatively when "maximising" a decision, the focus is on finding the best decision. Herbet Simon developed ideas around maximising and satisficing in recognition that in the real world decisions are often made with many restrictions and constraints at play.

It may be that some decisions warrant a "good enough" approach either because they are lower levels decisions, or because of the situational constraints we need to address. However, it may also be that our personal preferences or characteristics lean us towards either maximising or satisficing. Being aware of our style of decision making, based on our own tendencies, can help to ensure we don't accept "good enough" when only the best will do.Are different types of decision making needed for different types of decisions? I think so.

There were Five Decision Making Styles

1.Decisive Decision Makers

Decisive decision makers are satisficers and unifocused. They collect limited information and act quickly. Then they are unwavering in supporting and sticking to their decisions.This style of decision making requires self confidence in one’s gut feelings. It is often the style of CEOs and successful entrepreneurs.

2.Flexible Decision Makers

Flexible decision makers are satisficers and multifocused. They collect limited information but are more flexible in choosing solutions than decisive decision makers. If the first solution they decide on falls short, they will select another solution. As more information becomes available, they are quick to change decisions based on the new information.Many small business owners use this style of decision making.

3.Hierarchical Decision Makers

Hierarchical decision makers are maximizers and unifocused. They collect large amounts of information and then select one best solution. They plan how to implement the solution in detail and advance of implementing it.This style of decision making is common in government.

4.Integrative Decision Makers

Integrative decision makers are maximizers and multifocused. They collect and evaluate information, but select more than one solution. They may then use computerized scenarios to test which solution works best.Scientists are often integrative decision makers. They collect all the information they can, determine several possible solutions and then systematically test each solution.

5.Systemic Decision Makers

Systemic decision makers blend integrative and hierarchical styles in a two-step process. First they collect as much information as possible for multiple solutions. Then they prioritize solutions by the best criteria from the information or for their specific situation.

Conclusion

If we're to become effective decision makers, it's important that we are aware of various decision making styles. Some managers may use just one particular style, perhaps because it's just the way they do things. A more effective management practice is to vary our decision making styles, depend on specific situations and the range of factors which relate to that situation.

By Vasantah Nadasan A130538 (PKPGB 4)


7/28/2010 22:32:09 Decision making styles A130544 Decision Making Styles

Decision making can be regarded as the mental processes (cognitive process) resulting in the selection of a course of action among several alternatives. Every decision making process produces a final choice.[1] The output can be an action or an opinion of choice.

Intuitive Style

Some people are spontaneous by nature and like to decide “on the spot”. Experience and circumstances may sometimes support this type of problem solving approach. However, those who consistently use this style are – admittedly – comfortable with the “trial and error”, or “hit and miss” approach.

Limited Procrastination Style

Not to be confused with never wanting to make a decision, this style involves the delaying of a decision until enough factors have been evaluated and/or enough time has gone by for the situation to stabilize.

Systematic Style

Involves identifying and evaluating each possible course of action. Of all the decision making styles, this is obviously the most likely candidate for computer based decision making tools.

Decision Making Styles:

Solution Focus

The decision maker’s solution focus also relates to amount of information better, but this criteria primarily deals with the number of potential solutions sought. So we need to add two more terms to distinguish decision making styles.

• Unifocused – collect only enough information to identify one solution that is “best.”

• Multifocused – collect enough information to provide a variety of solutions.

The above terms like those for using information are polarized, but are fine for distinguishing the styles of decision makers.

Decision Making Styles:

Five Decision Maker Styles

Now that you have the criteria, determine which of the follow decision making styles best describes your style.

Decision Making Style 1:

Decisive Decision Makers

Decisive decision makers are satisficers and unifocused. They collect limited information and act quickly. Then they are unwavering in supporting and sticking to their decisions.

This style of decision making requires self confidence in one’s gut feelings. It is often the style of CEOs and successful entrepreneurs.

Decision Making Style 2:

Flexible Decision Makers

Flexible decision makers are satisficers and multifocused. They collect limited information but are more flexible in choosing solutions than decisive decision makers. If the first solution they decide on falls short, they will select another solution. As more information becomes available, they are quick to change decisions based on the new information.

Many small business owners use this style of decision making.

Decision Making Style 3:

Hierarchical Decision Makers

Hierarchical decision makers are maximizers and unifocused. They collect large amounts of information and then select one best solution. They plan how to implement the solution in detail and advance of implementing it.

This style of decision making is common in government. Many USA presidents have used it.

Decision Making Style 4:

Integrative Decision Makers

Integrative decision makers are maximizers and multifocused. They collect and evaluate information, but select more than one solution. They may then use computerized scenarios to test which solution works best.

Scientists are often integrative decision makers. They collect all the information they can, determine several possible solutions and then systematically test each solution.

Decision Making Style 5:

Systemic Decision Makers

Systemic decision makers blend integrative and hierarchical styles in a two-step process. First they collect as much information as possible for multiple solutions. Then they prioritize solutions by the best criteria from the information or for their specific situation.

NO MATRIK : A130544 M.GIVARANI A/P MUNIANDY PKPGB 4


7/28/2010 22:42:50 Stail membuat keputusan A130531 N.SARASWATHY Manusia sering dibebani dengan soalan-soalan hidup yang mana memerlukan jawapan yang perlu diputuskan dengan membuat keputusan. Kadangkala membuat keputusan ini memang mudah. Kadangkala pulak yang menjadi sukar, sehingga kita tak dapat tidur memikirkan apakah perkara yang sebaiknya hendaklah dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Stail membuat keputusan yang difahamkan ialah decisive (tegas), hierarchic (turutan), flexible (penyesuaian), integrative (ikhlas) dan sistematik. Stail-stail ini tidak boleh dimuktamadkan sebagai betul atau salah. Keberkesanan stail membuat keputusan bergantung pada situasi. Penggunaan kognitif tools seperti persepsi, ingatan dan perhatian juga boleh menolong dalam membuat keputusan. Namun keberkesanan membuat keputusan masih bergantung pada situasi juga. Stail membuat keputusan dipengaruhi oleh prioriti maka usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan pun perlu dilakukan mengikut prioriti.

Di sini ingin saya huraikan satu situasi membuat keputusan yang lebih berasaskan pada stail fleksibal. Keputusan yang dibuat berasaskan pada stail ini mempunyai ciri-ciri sifat terbuka, boleh disesuaikan, keputusan yang cepat, beramah tamah dan membuat keputusan mengikut gerak hati.

Situasi yang dimaksudkan adalah di sebuah sekolah kurang murid dan terdiri dari bilangan ibubapa yang tidak ramai. Mereka terdiri dari dua kategori iaitu majoriti dari pekerja ladang yang tidak berpendidikan dan berpendapatan rendah. Minoriti pula dari pekan yang berpendapatan sederhana. Mereka ini menganggap diri sebagai orang berpendidikan dan sentiasa cuba bercampur tangan dalam pengajaran dan pengurusan sekolah. Pada hal, pendidikan anak-anak mereka pula pada tahap sederhana sahaja.

Seterusnya saya akan maksudkan ibubapa ini sebagai ibubapa ‘kb’ iaitu kononnya berpendidikan. Salah seorang bapa’kb’ ini tidak dapat memegang jawatan dalam PIBG kerana beliau tidak hadir pada hari mesyuarat agung. Kerana rasa kecewa, beliau selalu menuduh ahli jawatankuasa yang telah dipilih bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak berpendidikan serta tidak layak.

Sikap ibubapa ‘kb’ memberi persepsi bahawa mereka suka menyibuk dan tidak bersikap adil. Mereka mencari alasan-alasan untuk mencetuskan kekecohan terhadap ajk yang mereka tidak suka. Ibubapa ini menunggu peluang pada hari mesyuarat jawatankuasa PIBG. Mengikut gerak hati guru besar, ibubapa ini tentu akan membuat masalah dan gurubesar mesti bersedia dengan sifat yang terbuka untuk menghadapi mereka.

Untuk mesyuarat ajk tersebut, ibubapa yang bukan ajk tidak perlu dijemput. Kerana kedegilan ibubapa tersebut gurubesar pun menjemput mereka untuk turut sama dalam mesyuarat tersebut. Di sini gurubesar memainkan peranan bercirikan adaptable. Pada hari mesyuarat jawatankuasa PIBG, salah seorang bapa ‘kb’ datang lambat iaitu hampir ke agenda terakhir iaitu ketika ucapan terima kasih. Diterangkan dengan ringkas perkara-perkara yang telah dibincangkan supaya beliau tidak ketinggalan. Setelah mendapat maklumat, bapa tersebut mula mengulas kembali seolah-olah beliau adalah pengerusi majlis tersebut. Ketika bapa tersebut sedang bercakap, dua orang guru berbisik-bisik tentang aktiviti sekolah yang akan dijalankan. Sebelum sempat guru besar tegur mereka, salah seorang ibu ‘kb’ menengking kedua-dua guru kerana tidak tumpukan perhatian kepada orang yang bercakap. Orang yang tengah bercakap tadi pula berhenti dan terus menuju ke arah guru-guru tersebut dan dengan nada tinggi dan dengan jari telunjuk hampir ke muka guru tersebut, mengeluarkan beberapa soalan.

Ketika inilah guru besar sebagai penasihat PIBG berada dalam dilema untuk membuat keputusan untuk bersuara atau tidak. Situasi yang tidak disangka itu mengejutkan semuta pihak terutamanya gurubesar. Mengikut gerak hati guru besar, mereka akan terus membuat kecoh sekiranya guru besar memihak kepada guru-guru. Jadi guru besar mengambil keputusan supaya tidak bercakap dan mengharapkan guru-guru dapat mempertahankan diri. Guru-guru tersebut pula cuba jawab dengan cara yang sopan. Guru-guru mendiamkan diri bila bapa ‘kb’ terus ajukan soalan-soalan yang tidak relevan. Melihatkan guru besar mendiamkan diri bapa ‘kb’ pun meneruskan celoteh beliau seolah-olah memberi nasihat kepada semua dan menamatkan mesyuarat tersebut.

Kesimpulannya, walaupun stail fleksibal mempunyai ciri-ciri yang positif namun keputusan tersebut tidak membawa implikasi yang berjaya sepenuhnya. Dalam kes ini stail yang diaplikasikan tidak kena pada tempat kerana situasi yang wujud adalah tiba-tiba dan diluar jangkaan iaitu sesuatu yang tidak disangka. Oleh itu implikasi proses membuat keputusan ini hanya positif dari satu sudut dan negatif dari sudut lain. Iaitu bila guru besar mendiamkan diri, keadaan menjadi reda di mana ibubapa ‘kb’ tidak dapat meneruskan kekecohan mereka. Dari sudut lain pula, guru-guru yang telah ‘diserang’ oleh ibubapa ‘kb’ tidak berpuas hati kerana keputusan guru besar mendiamkan diri.

Pengalaman ini memberi pengajaran bahawa stail membuat keputusan adalah terbatas dan tidak dapat diaplikasikan dalam situasi yang tidak disangka. Seperti yang dinyatakan pada awal penulisan ini iaitu prioriti mempengaruhi usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan maka guru besar pun telah membuat keputusan mengikut prioriti. Stail fleksibal ini di samping ciri-ciri baik yang telah dinyatakan, ada juga keburukannya iaitu keputusan berasaskan persepsi pendek (short term perspective), kekurangan strategi yang teratur (lacks coherent plant), tidak kekal (inconsistent), struktur yang bertentangan(resists structure) dan gangguan perasaan (distracting humor).

(N.SARASWATHY, PKPGB KOHORT 4)


7/28/2010 22:48:29 Stail Membuat Keputusan DEVI A/P PALANISAMY(A1305450 PENGENALAN KES

SK Sri Kuda mempunyai 3 pekerja swasta di bawah kawalan Syarikat Maharani. Salah seorang daripada mereka ialah Puan Sarimah berumur 31 tahun, tinggal ½ kilometer dari sekolah. Waktu bertugas beliau ialah 7.00 pagi hingga 3.00 petang.

KES/MASALAH

Setiap hari Puan Rosmah meminta balik awal iaitu jam 12.00 tengah hari untuk menjemput anak dari tadika. Setelah itu, Pn Rosmah tidak balik masuk kerja.

STAIL INTEGRITI (INTEGRATIVE) DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Langkah 1

Persepsi saya negatif terhadap Pn. Rosmah kerana sudah banyak kali dia berbuat demikian. Di sini, saya teringat alasan yang diberi oleh Pn. Rosmah semasa keluar dari sekolah pada jam 12.00 tengah hari dan tidak masuk kerja semula. Puan Rosmah dipanggil ke pejabat dan saya menjelaskan peraturan dan etika kerja beliau. Saya sebagai ketua jabatan juga mengatakan bahawa saya tidak akan menanggung sebarang risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini pada jam 12.00 hingga 3.00 petang. Beliau meminta maaf atas perkara tersebut.

Langkah 2

Saya perhatikan perlakuan Pn.Rosmah beberapa kali dan saya masih mendapat persepsi yang negatif terhadapnya. Perlakuan Pn.Rosmah kekal dalam ingatan saya dan amat merunsingkan pemikiran saya. Saya terus memberi perhatian terhadap Pn.Rosmah. Tiada sebarang perubahan yang berlaku pada diri Puan Rosmah maka dipanggil semula ke pejabat selepas dua minggu.

Saya amat kecewa kerana saya tidak dihormati sebagai ketua jabatan. Di sini saya bertenang berfikir seketika. Di sini saya terpaksa menjadi pendengar yang baik (good listener). Beliau menerangkan bahawa tidak ada orang untuk menjemput anak dari tadika dan meminta keizinan saya untuk keluar sekejab. Setelah meneliti keterangan beliau, saya mengizinkan beliau keluar dari sekolah dengan syarat beliau menandatangani dalam buku kedatangan. Apabila masuk kerja semula beliau perlu menandatangani semula ke dalam buku kedatangan demi keselamatan beliau. Beliau berjanji akan berbuat demikian.

Langkah 3

Saya perhatikan dengan serius perkara ini dan cuba fikirkan cara penyelesaian. Perkara ini kekal dalam ingatan saya selama seminggu. Puan Rosmah masih mengulangi perkara yang sama setelah seminggu dan didapati tidak menepati janji. Dengan segera, saya berbincang dengan pekerja yang lain bekerja bersama Pn Rosmah tentang perkara ini (collaborative problem solver). Di sini saya mengambil kira pendirian kumpulan(team orientated) iaitu pekerja swasta supaya saya dapat membuat keputusan seterusnya dengan adil. Beliau dipanggil semula ke pejabat. Apabila saya meminta keterangan daripada beliau berkaitan dengan perkara tersebut, beliau menyatakan bahawa dia mengalami sakit jiwa dan terpaksa mengikuti sesi kaunseling. Beliau merayu kepada saya agar hal ini perlu disulitkan dan dilarang beritahu kepada rakan sekerja kerana takut kehilangan kerja. Di sini saya terpaksa membuat penerokaan(Exploratory) untuk memastikan penjelasan Puan Rosmah itu betul. Apabila dia menunjukkan butiran bertulis dan kad perjumpaan ahli pakar jiwa, saya akan percaya dan berasa simpati terhadap Puan Rosmah yang ditinggalkan oleh suami dan mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah.

Langkah 4

Saya membuat keputusan agar bertolak ansur (tolerant) dengan Puan Rosmah. Saya sebagai pemimpin sekolah berputus dan memberitahu Puan Rosmah agar balik pukul 12.30 tengah hari dengan syarat menandatangani dalam buku kedatangan. Jika ada masalah timbul , sebagai pemimpin saya akan menjawab kepada pihak atasan (creative).

KESIMPULAN

Sebagai pemimpin saya memanggil semua pekerja swasta dan kerajaan dan telah menerangkan bahawa Hanya Puan rosmah dibenarkan balik awal kerana hal kekeluargaan. Saya meminta semua pekerja melihat hal ini dengan fikiran terbuka dan tunjukkan berperikemanusiaan dan jangan ini dijadikan satu isu di sekolah dengan mengatakan pentadbir sekolah itu bias atau pilih kasih. Mereka berbulat suara dalam hal ini dan mereka sangat berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pentadbir sekolah. Sejak itu, Puan Rosmah membuat kerja mengikut waktu bekerja dan jika beliau ingin keluar awal, beliau meminta keizinan dengan menandatangani di dalam buku kedatangan. Didapati Puan Rosmah bekerja seperti biasa dengan mesra bersama rakan sekerja.
.

7/28/2010 23:01:42 Stail membuat keputusan A130528 C. Tamil Selvi a/p Chinniah Stail membuat keputusan

Stail Decisive

Dalam proses membuat keputusan seseorang perlu berupaya mengenalpasti keserupaan, kelainan dan anologi sesuatu masalah mengikut prioriti. Proses membuat keputusan juga melibatkan kepintaran kita berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengalaman kita sendiri ataupun dengan mendapat maklumat orang lain. Stail membuat keputusan ada kebaikan dan keburukkannya. Keberkesanan membuat keputusan terpulang kepada situasi. Untuk membuat sesuatu keputusan seseorang memerlukan beberapa banyak maklumat. Ada 5 stail dalam membuat keputusan. Iaitu Stail Decisive (muktamad), Stail Hierarchic (mengikut susunan), Stail Flexible (penyesuaian) dan Stail Integrative (keikhlasan).

Karier saya berkhidmat sebagai guru telah memberikan beberapa pengalaman untuk membuat keputusan. Pengalaman itu telah mengguriskan gerak hati saya untuk membuat beberapa keputusan mengikut stail muktamad iaitu stail decisive. Menerusi Stail decisive seseorang perlu membuat keputusan secepat yang mungkin, perlu mengambil tindakan segera, tindakan yang berterusan, membuat keputusan tepat pada masa, mesti ada kawalan dan juga berkualiti.

Saya telah berkhidmat di sebuah sekolah sebelum saya berpindah ke tempat kerja baru yang sedang saya berkhidmat kini. Sekolah itu merupakan sekolah yang pertama dan terakhir saya berkhidmat sebagai guru. Saya telah berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum di sekolah tersebut selama 8 tahun (1995 hingga 2002) dan sebagai guru biasa selama 9 tahun.

Apabila sekolah itu menjadi sekolah gred A, Guru Besar sekolah tersebut telah ditukarkan ke sekolah lain dan tiada Guru Besar selama 4 bulan. Maka, saya telah memangku tugas Guru Besar dan menjadi Guru Penolong Kanan Kurikulum sepanjang ketiadaan Guru Besar. Pada Oktober 2002, Sekolah itu telah mendapat seorang Guru Besar dan tiga orang Guru Penolong Kanan baru.

Dalam situasi ini saya menghadapi dilema untuk terus bertugas di sekolah itu. Saya berasa jika saya terus berkhidmat di sekolah yang sama mungkin guru- guru yang sekian lama menganggap saya sebagai guru penolong kanan kurikulum tidak akan menghormati saya dan akan memandang rendah terhadap saya. Mungkin guru-guru yang tidak suka saya semasa saya berkhidamat sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum akan mengambil kesempatan untuk menindas atau menunjukkan rasa kurang puas hati terhadap saya. Saya tidak sanggup terima hakikat itu. Maka saya meggunakan stail decisive iaitu mengambil keputusan dengan segera untuk meminta pertukaran. Saya telah memohon secara berterusan (persistant) malah permohonan saya tidak disokong oleh Guru Besar baru dengan alasan perkhidmatan saya masih diperlukan dan saya merupakan guru yang paling lama berkhidmat di sekolah itu serta mempunyai hubungan yang rapat dengan semua warga sekolah. Tugas-tugas yang penting telah diberikan kepada saya oleh guru besar itu. Saya telah mengawal diri (controlling) daripada mengambil keputusan dengan segera.

Malah tindakan guru besar itu tidak menyeronokkan kebanyakkan guru. Maka saya pun telah berbincang masalah ini dengan suami saya dan beliau meminta saya untuk berhenti kerja. Tetapi saya tidak sanggup berbuat demikian kerana terlalu minat dengan kerjaya ini. Setelah beberapa hari, suami saya telah membawa satu borang permohonan untuk memohon ke Lembaga Peperiksaan. Saya terkejut dan berasa berat untuk tinggalkan sekolah tetapi setelah berfikir berpanjangan beberapa hari, saya pun membuat keputusan secara stail decisive untuk memohon jawatan itu.

Dengan tidak disangka, saya telah menerima surat kenaikan pangkat dari DG29 ke DGA 32 dari Unit Sumber Manusia Putrajaya. Pada masa yang sama, saya juga mendapat tawaran untuk bertukar ke Lembaga Peperiksaan. Maka, saya membuat satu keputusan muktamad mengikut stail decisive dimana saya menerima permohonan itu. Proses membuat keputusan mengikut stail decisive telah memberikan peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti.

Kesimpulanya, proses membuat keputusan mengikut stail decisive mempunyai kebaikan dan keburukkannya. Tetapi bagi kes saya ia telah membawa banyak kebaikan. Melalui stail decisive iaitu stail membuat keputusan muktamad, saya dapat membuat keputusan dengan cepat, berterusan, bertindak supaya permohonan pertukaran diproses dan mengambil keputusan untuk melakukan satu perubahan iaitu dari karier guru kepada seorang pegawai di Jabatan Kementerian.

C. TAMIL SELVI A/P CHINNIAH

.
7/28/2010 23:09:20 Stail Membuat Keputusan A130525 CHEJARAH CHE MAT Hari ini 28 Julai 2010 ,kami mengikuti kursus Kemahiran Membuat Keputusan . Kami didedahkan dengan stail atau gaya membuat sesuatu keputusan bagi menyelesaikan sesuatu isu.

Umumnya semua insan di dunia ini tidak dapat lari dari membuat keputusan setiap hari di dalam hidup mereka, sama ada perkara itu kecil atau besar. Sebagai seorang Islam, keputusan yang kita ambil mestilah boleh memberi natijah yang baik kepada hidup kita pada masa sekarang atau akan datang. Itu yang kita pinta dari Ilahi setiap kali kita membuat keputusan terhadap sesuatu perkara yang kita tidak jangkakan kesudahannya.

Terdapat pelbagai gaya membuat keputusan.Apa yang dapat dipelajari dari kuliah tersebut ialah terdapat lima stail membuat keputusan iaitu “decisive “,hierarchic”, “flexible”, “intergrative” dan “systematic”.Setiap dari stail tersebut mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifatnya yang tersendiri sama ada baik atau buruknya. Gaya membuat keputusan biasanya lebih dipengaruhi oleh perwatakan dan pengalaman seseorang individu itu. Jika seseorang pembuat keputusan itu seorang yang tegas, maka ia akan cenderung untuk menggunakan stail yang tegas atau “ dicisive”.

Selepas mengikuti kuliah ini, timbul pula pelbagai kenangan tentang keputusan yang pernah diambil, yang mana satu stail membuat keputusan yang kita gunakan dalam mengurus dan mentadbir sekolah kita.Adakah keputusan yang kita buat dapat memuaskan hati semua pihak atau sebahagian kecil kroni kita sahaja.

Selaku pentadbir yang baru di sekolah, kita semestinya banyak dipengaruhi oleh gaya membuat keputusan dari pentadbir kita yang lama. Sesetengah keputusan yang kita ambil pada masa lalu , mungkin tidak sesuai lagi pada masa sekarang,

Bagaimanapun, seorang guru besar yang lalu ( kini beliau telah pun bersara) membuat keputusan sehingga ke hari ini masih lagi menjadi ingatan bagi kita semua yang menjadi penolong kanannya. Banyak ilmu yang beliau curahkan kepada kami semasa perkhidmatannya. Sebelum beliau datang ke sekolah kami, namanya sangat popular dengan gelaran guru besar yang tegas. Apabila beliau datang ke sekolah kami, semua warga sekolah telah ada persepsi sendiri tentangnya.Pada persepsi kami, beliau memang seorang seorang yang tegas atau “decisive”. Keputusan yang beliau ambil kadang-kadang nampak sangat tidak logik pada mata kasar. Setelah dihalusi, rupanya tindakan beliau betul dan baik untuk salah seorang dari guru kami.

Cikgu Adham, seorang guru yang bermasalah kerana mempunyai isteri lebih dari satu. Beliau dalam proses penceraian dengan isterinya yang muda. Cikgu Adham selalu membawa anaknya yang berumur tiga tahun ke dalam bilik darjah. Murid –murid di dalam kelas Cikgu Adham sangat suka bermain dengan anaknya sehingga mengabaikan pelajaran Bahasa Inggeris yang diajar oleh cikgu tersebut. Setelah beberapa kali guru besar melihatnya membawa anak bersama ke bilik darjah, beliau memanggil saya untuk menyampaikan pesanan kepada guru tersebut. Saya pada mulanya ingin membela guru tersebut dengan alasan baru hari itu, Cikgu Adham membawa anak ke sekolah. Apa yang saya dapati, guru besar tersebut menunjukkan bukti bila tarikh-tarikhnya cikgu Adham datang dengan membawa anak ke sekolah.

Guru Besar meminta saya menyampaikan hasratnya kepada Cikgu Adham supaya jangan membawa anaknya ke sekolah. Cikgu Adham berapi-api memarahkan guru besar di hadapan saya. Selepas beberapa kali dinasihati sebelum dia dimarah oleh guru besar, Cikgu Adham tidak juga berubah. Tindakan yang diambil oleh guru besar menyokong beliau untuk naik pangkat. Beliau memegang jawatan guru penolong kanan di sebuah sekolah di luar daerah yang jaraknya beratus kilometer. Cikgu Adham merima jawatan tersebut.Beliau terpaksa berbaik semula dengan isteri mudanya kerana isteri tuanya tidak mahu pindah bersamanya.

Kesimpulannya, ketegasan guru besar tersebut yang membuat keputusan di luar dugaan kami semua membuahkan hasil yang baik kepada semua pihak.Stail membuat keputusan kadang-kadang juga dipengaruhi oleh faktor masa, tempat dan orang di sekeliling kita.Apapun stail yang kita gunakan menggambarkan cara kepimpinan kita di sekolah. Keputusan yang sesuai untuk semua orang adalah sukar dibuat.

A 130525 Che Jarah Che Mat.


7/28/2010 23:10:49 stail membuat keputusan A130526 shamsiah abd razak Shamsiah Abd Razak (A130526) PKPGB4

Stail Membuat Keputusan

Setelah menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan, saya telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, Kuala Terengganu selama 1 tahun 2 bulan. Di sekolah ini saya sempat berada di bawah pengurusan seorang Pengetua sahaja.Kemudian saya minta ditukarkan ke Hulu Terengganu dan di tempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil selama 8 tahun. Di sekolah ini pula saya sempat menimba pengalaman di bawah pengurusan 3 orang pengetua. Sekali lagi saya memohon untuk bertukar ke Daerah Dungun di tempat saya di besar dan disekolahkan. Di daerah ini saya telah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar selama hamper 14 tahun sehingga sekali lagi saya ditawarkan ke jawatan Guru Besar di sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya dalam daerah kemaman. Di Dungun saya berkesempatan merasai stail pengurusan 5 orang pengetua. Kesemua pengetua yang saya temui sepanjang karier saya sebagai seorang guru dan berkesempatan memerhati stail kepimpinan mereka semuanya adalah lelaki.

Dalam kesemua pengetua tadi saya amat mengkagumi 2 daripada mereka. Disini saya akan memperincikan lagi sstail setiap orang dari mereka.

Pengetua 1

Beliau seorang pengetua yang kelihatan rawak mukanya agak garang.tetapi sebenarnya beliau seorang yang baik hati, prihatin dan amat mengambil berat terhadap semua staf. Beliau agak tegas dengan pelajar tetapi lebih flexible dengan guru dan kakitangan lain.

Salah satu kes yang telah di selesaikan oleh beliau ialah apabila seorang guru telah membawa seorang pelajar yang bermasalah yang mana pelajar itu telah melawan guru berkenaan di dalam kelas di sebabkan oleh sesuatu tindakan guru yang agak tidak bagus.

Apa yang telah dilakukan oleh beliau ialah beliau telah bertanyakan kepada guru dan pelajar secara berasingan tentang masalah tersebut. Apabila pelajar tersebut mengaku akan kesalahannya maka pelajar tersebut telah dirotan.

Selepas itu guru pula di panggil tetapi guru ini telah diberitahu akan kesalahan dan juga tindakan yang tidak sepatutnya guru itu lakukan. Beliau telah menasihatkan kepada guru tersebut. Ini menunjukkan beliau seorang yang amat menjaga maruah guru dan tidak bertindak memalukan guru tersebut. Ini menunjukkan beliau juga mempunyai stail membuat keputusan “integrative” dan juga “flexible”.

Selain dari itu beliau juga tidak mengamalkan sikap menekan terhadap guru. Beliau seorang pendengar yang baik dan lebih bersikap terbuka. Walaupun kadang-kadang memberi kelonggaran kepada guru dalam masa yang sama masih menjaga dan mengutamakan disiplin.Ini menjadikan guru lebih menghormati beliau di sebabkan sikap dan stail beliau yang lebih terbuka dan memahami.


Pengetua 2

Sekolah ini agak terkenal dengan masalah disiplin pelajar. Keadaan disiplin yang kurang baik telah mengganggu keberkesanan P&P . Dalam masa yang sama, masalah ini juga berkemungkinan disebabkan kurangnya ketegasan dan juga kawalan oleh guru-guru dan juga mungkin sikap segelintir guru .

Dengan kehadiran pengetua baru,beliau telah mengamalkan sikap yang lebih tegas dalam menangani masalah disiplin. Beliau sama-sama turun padang dan meronda dalam kawasan sekolah dan juga luar kawasan sekolah. Tempat-tempat lepak pelajar yang ponteng telah di serbu oleh pengetua ini. Begitu juga dengan kelas beliau sentiasa meronda di bangunan-bangunan kelas dan akan masuk mengajar di kelas yang tiada guru . Beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti dan juga polis. Dengan segala maklumat tentang pelajar yang membuat masalah diluar kawasan sekolah telah dapat diketahui oleh beliau. Beliau juga menunjukkan teladan kepada guru-guru dengan datang ke sekolah lebih awal dari guru-guru.

Walaupun begitu beliau tidak pernah menegur guru- guru yang bermasalah sama ada dalam mesyuarat atau diluar mesyuarat. Beliau masih bercakap dengan guru-guru seperti biasa.

Disebab tindakan beliau ini masalah ponteng sekolah dan kelas telah sedikit sebanyak dapat diatasi . Keadaan sekolah lebih terkawal dan lebih aman dari sebelumnya .Pelajar-pelajar juga tidak membuat bising tanpa sebab. Semua pelajar akan diam apabila beliau meronda kelas.Tindakan disiplin yang tegas juga telah diambil terhadap pelajar. Guru-guru juga telah masuk kelas mengikut masa. Guru juga segan untuk datang lewat ke sekolah. Walaupun pada peringkat awal ianya tidak disukai oleh pelajar tetapi akhirnya perubahan ini telah dapat diterima.Ini dapat dibuktikan apabila beliau telah menerima kad ucapan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah dari sekumpulan pelajar yang menyatakan mereka suka stail beliau dan ketegasan yang ditunjukkan itu. Ini menunjukkan beliau telah mencampurkan kelima-lima stail membuat keputusan terhadap disiplin pelajar dan guru secara tidak langsung nya.

Kesimpulan setiap stail boleh diamalkan dan kelima-lima stail mungkin diperlukan bagi menyesuaikan dengan keadaan dalam membuat sesuatu keputusan.


7/28/2010 23:18:16 Stail Membuat Keputusan A130534 Wan Mohd Ariffin Dalam era baru ini sebagai Guru Besar atau Pengetua tindak boleh bertindak atau membuat keputusan secara bersendirian. Guru Besar atau Pengetua yang masih lagi mengikut cara orthodox akan ketinggalan dalam sistem pengurusan atau kepimpinan era ini. Guru Besar atau Pengetua tidak boleh melaksanakan sesuatu berdasarkan kuasa veto yang ada padanya, sudah pasti akan timbul ketidakpuasan dikalangan guru-guru di bawah pimpinannya dan ini sudah tentu menjejaskan produktiviti di sekolah iaitu pencapaian pelanggan sekolah- murid-murid.

Bentuk pengurusan yang baik dan berkesan kebiasaannya mempunyai dua elemen yang besar iaitu vis sekolah yang dikongsi bersama oleh semua warga sekolah dan keduanya wujud “teamwork” di setiap bahagian dalam struktur organisasi sekolah. Mesyuarat dan penyebaran maklumat adalah penting kerana iannya boleh mewujudkan “ team work “. “ Free flow of information” di sekolah membawa kepada kukuhnya “spirit of togetherness” serta mengurang sikap tidak ambil tahu di kalangan guru-guru.

Guru Besar atau Pengetua seharusnya merancang, memimpin, mengelola dan mengawal organisasi sekolah dengan cara mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan guru-guru dan staf. Misi, visi, matlamat dan objektif sekolah hendaklah diputuskan bersama dengan guru-guru barulah guru-guru dan staf mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Mereaka akan merasakan bahawa mereka menyumbang kepada organisasi.

Guru Besar atau Pengetua semestinya bertindak untuk sesuatu perkara berasaskan keputusan mesyuarat, sebagai contoh mesyuarat perancangan strategik sekolah diadakan sebelum bermulanya sesi persekolahan, segala perkara yang dipersetujui atau tidak dipersetujui hendaklah dibahaskan dan dihujahkan dalam mesyuarat, Guru Besar dan Pengetua hendaklah mengamalkan keterbukaanya dalam mesyuarat dan hendaklah bersedia/menerima jika ideanya ditolak dan menerima idea guru-guru yang mungkin lebih baik demi untuk kebaikan sekolah. Setelah keputusan dicapai dalam mesyuarat Guru Besar atau Pengetua hendaklah akur kepada keputusan tersebut dan bertindak berasaskannya.

Sebuah pasukan ialah sekumpulan orang yang berkongsi objektif, yang mempunyai kemahiran, bakat personality dan kebolehan berbeza dan yang komited terhadap tanggungjawab mereka untuk bersama-sama menyiapkan sesuatu tugas secara bersama dan tujuan yang sama.

Segala tindakan yang dibuat berasaskan keputusan mesyuarat bolehlah dianggap sebagai satu kerja secara bersama, kerana segalanya diputuskan dalam mesyuarat dan selaku Guru Besar atau Pengetua bertindak dan akur akan keputusan tersebut yang sudah pasti akan memuaskan hati sebahagian besar daripada guru-guru dan staf.

Setiap aktiviti/program yang akan dijalankan di sekolah hendaklah diadakan mesyuarat yang melibatkan semua gutru yang berkaitan, jika program/aktiviti yang besar akan melibatkan semua guru dan staf. Program/Aktiviti yang dirancang oleh sesuatu jawatankuasa walau sekecil mana sekalipun program/aktiviti hendaklah bermesyuarat terlebih dahulu dalam menentukan tugasan dan halatuju program/aktiviti tersebut dan setelah itu semua hendaklah bertindak mengikut keputusan mesyuarat tersebut.

Jika sesuatu program/aktiviti yang akan dijalankan Guru Besar/Pengetua atau guru-guru tidak bertindak berasaskan keputusan mesyuarat dan masing-masing bertindak ikut selera masing-masing sudah pasti akan timbul masalah dan mungkin program/aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan.

Guru-Guru malahan Guru Besar/Pengetua hendaklah menanam dalam fikiran mereka bahawa mereka pula akur dan bertindak berasaskan keputusan mesyuarat. Budaya begini hendaklah disemaikan di sekolah dalam mewujudkan sekolah berwatak, budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan. Setiap ahli dalam organisasi, dalam hal ini sekolah jika bertindak berasaskan keputusan, sesuatu perancangan sudah tentu akan berjalan dengan sempurna dan tiadk akan berlaku pertindihan kerja atau arahan kerana semuanya telah dirancang, diputuskan dan tugasan telah diagihkan dalam mesyuarat yang dijalankan sebelumnya dan apa yang perlu setiap ahli lakukan ialah akur dan bertindak berasaskan keputusan mesyuarat termasuk Guru Besar atau Pengetua sendiri.

Bertindak berasaskan keputusan mesyuarat adalah satu langkah yang bijak dan baik dalam merealisasikan sekolah sebagai sekolah yang berkesan dan cemerlang.

Pada pandangan saya cara membuat keputusan atau bagaimana keputusan diambil bergantung kepada situasi tertentu, adakalanya keputusan seperti yang dimaklumkan di atas dimana setiap keputusan diambil berdasarkan keputusan mesyuarat menunjukkan “flexibility” pemimpin dalam melaksanakan atau membuat keputusan.

Dalam situasi yang berlainan adakalanya ketua atau dalam hal ini ( sekolah ) Guru Besar/Pengetua perlu mengambil keputusan secara “decisive decision” kerana faktor masa dan pengaruh atau keadaan yang memerlukan ketua membuat keputusan setelah memikirkan baik dan buruk akan tindakannya.

A130534 - WAN MOHD ARIFFIN BIN WAN HUSSIN ( PKPGB4 )


7/28/2010 23:23:54 Cara Membuat Keputusan A130537 Rostam Awang Othman 28 Julai 2010. Kuliah Dr Ahmad Zamri

Dari kulai yang disampaikan hari ini, saya dapat sedikit memahami apa yang dikatakan cara atau gaya membuat keputusan.Nota-naota yang diberi dalam Bahasa Inggeris.Ini menyukarkan saya untuk memahami.Penerangan dari Dr dalam Bahasa Melayu amat mengembirakan saya.Cara atau gaya seseorang membuat keputusan terbahagi kepada 4 iaitu Decisive,Flexible,hirieki dan Integrative.Antara ciri-ciri yang yang membuat keputusan gaya Decisive ialah keputusanya cepat atau segera,tindakannya begitu awal,tindakannya tetap tegas,tepat,sentiasa mengawal keputusannya dan sentiasa mendapat pulangan hasil keputusannya adalah secara kuantiti.Manakala gaya Hirieki pula ianya tindakan membuat keputusannya adalah perlahan,berhati-hati dan teliti,mengikut prosedur logik atau manual prosedur kerja,lebih cerewet dalam hal-hal yang kecil,sentiasa mengawl keputusan dan mendpat kualiti yang baik setiap keputusan nya.Gaya atau cara yang ketiga iaitu Flexible pula lebih kepada membuat tindakan tang cepat, memahami situasi, lebih terbuka dan menerima pendapat atau pandangan orang lain,bertolak ansur atau budi bicara,ada gerak hati dan pengalaman yang lalu.Keempat ialah gaya atau cara Integrative ialah ciri yang mana seseorang bertindak lebih perlahan atau lambat,memahami situasi,lebih terbuka dan menerima pendapat atau pengalaman orang lain,mengikut peraturan dan kreatif dalam membuat keputusan.

Pengalaman saya dalam menyelesaikan masalah GPK tidak buat atau menulis buku rekod mengajar.Sejak bulan Feb 2010 guru ini tidak menulis buku rekod dan menghantar kepada Guru Besar untuk disemak dan ditandatangan.Tindakan saya:

1. Saya beritahu dalam mesyuarat guru sebagai peringatan.

2. Saya biar hingga bulan April masih tak buat. Ini kerana saya adalah Guru Besar baru di sekolah itu dan hormat dia sebagai GPK serta orang penting di sekolah itu.

3. Akhir bulan April saya panggil beliau ke pejabat dan menuruhnya menghantar buku rekod mengajar kepada guru besar.Dia berjanji dalam masa dua minggu akan menyiapkan dan menghantarkannya.Tetapi masih gagal.

4. Minggu pertama buka penggal kedua persekolahan saya ingatkannya lagi tentak penghantaran buku rekod mengajar.Tetapi masih gagal menunaikan janjinya.

5. Pada 24 Julai 2010. Saya mengarahkan pembantu tadbir membuat surat kepadanya,sebagai peringatn pertama secara bertulis supaya menghantarkan buku rekod mengajar.

Dalam tempoh tersebut saya juga dapat maklumat dari Institut Pendidikan Guru tempat beliau belajar,bahawa sikap beliau yang selalu tiadak menyiapkan tugasan dan hampir-hampir pensyarahnya mengagalkannya. Dari rakan kerjanya dari tahun tahun sebelum,beliau memang seorang yang selalu tidak menghantar buku rekod mengajar.

Dari maklumat ini saya merasakan surat peringat secara rasmi perlu diberikan kepada beliau.Diharap dengan ini perubahan yang positif akan berlaku terhadapnya.

Rumusannya:.

Gaya atau cara saya bertindak membuat keputusan adalah cara atau gaya Integrative iaitu ;

1. Tindakan saya perlahan

2. Cuba memahami hal keadaan persekitaran

3. Terbuka iaitu dengan memberi peluang kepada beliau beberapa kali

4. Cuba bertindak dengan mengikut peraturan kerja

5. Mendapatkan maklumat dari perlbagai pihak.


Sekian ......

Dari Rostam Bin Awang Othman
A130537


7/28/2010 23:24:28 Stail Membuat Keputusan A130530

Kemahiran membuat keputusan adalah satu seni yang unik dimana keputusan yang diambil ini ada penguruh budaya berfikir keluarga dan komuntiti individu tersebut . Pengalaman orang laian serta pengalaman diri serta pengetahuan yang ditimba mempengaruhi seseorang membuat keputusan.

Kunci utama dalam membuat keputusan ialah tahap penggunaan informasi yang diguna dan fokus penyelesaian sesuatu masalah dengan mengenalpasti beberapa cara penyelesaian.

Stail membuat keputusan pula bergantung pada tahap kepuasaan maximiser ataupun pada kadar mencukupinya.Perkembangan alternatif pula tertakluk pada unifokus ataupun multi-fokus.

Terdapat beberapa jenis ataupun atail pembuat keputusan iaitu decisive,hierachic, flexible dan integrative. kekempat-empat kciri ini bertindak mengikut citarasa maximiser atau satifier dan juga dengan pengaruh unifokus dan multifokus . kesemua ini hendaklah diurus secara sistematik untuk memproses maklumat dan membuat keputusan.

Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan dalam setiap stail yang disebutkan diatas.Cara menganalisa, menakul, tabiat pendekatan serta tabiat pengurusan diri dan pengurusan sistematik mempengaruhi pemilihan sesuatu keputusan. Stail-stail yang disebutkan ini boleh boleh tambah nilai melalui kerja berpasukan dimana ini juga ada liabiliti dlam membuat keputusan.

.
7/28/2010 23:38:45 Cara Membuat Keputusan A130536 Amiruddin bin Ahmad Pada hari ini 28 Julai 2010 jam 2.30 ptg sehingga 4.00 ptg adalah kuliah ZT2263 Kemahiran Membuat Keputusan yang disampaikan oleh Dr Ahmad Zamri. Kuliah yang disampaikan amat menarik perhatian pelajar PKPGB yang mana memerlukan kami membuat keputusan. Kuliah yang disampaikan membincangkan tentang cara-cara membuat keputusan secara 'Decisive', 'Hierarchic', 'Flexcible', 'Interdgrative' dan 'Systemic'. Dari penerangan yang disampaikan serta contoh-contoh yang diberikan saya mengambil kesempatan ini untuk merefleksikannya dengan pengalaman rakan sekerja saya dalam membuat keputusan yang saya rasa tindakan beliau yang paling berani demi kebaikan sekolah beliau.

Rakan sekerja saya ini adalah seorang wanita yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk melonjakkan prestasi sekolah beliau. Sebelum beliau ke sekolah berkenaan prestasi sekolah tersebut amat tidak memuaskan malahan tidak langsung membantu keputusan UPSR daerah. Setelah guru besar sebelum ini ditukarkan, beliau diarahkan oleh pihak jabatan untuk bertukar ke sekolah tersebut. Sekolah ini terletak di kawasan bandar dan mempunyai murid hampir seribu orang.

Tujuan beliau ditukarkan kesekolah tersebut kerana semasa berada di sekolah luar bandar beliau telah menunjukkan prestasi yang amat baik dalam kurikulum dan kokurikulum. Beliau adalah seorang pentadbir yang tegas, berilmu, berwawasan, berhemah dan berbudi pekerti. Sebelum kemasukan beliau ke sekolah berkenaan, kebanyakkan guru di sekolah tersebut merasakan panas ponggong dengan perkhabaran beliau akan kesekolah tersebut. Sememangnya guru besar baru tidak akan diterima sepenuhnya oleh staff di sekolah tersebut kerana mereka sudah mengetahui tentang cara kerja rakan saya itu.

Semasa di bawah pentadbiran beliau, banyak rintangan yang beliau terpaksa tempuhi terutamanya dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam membuat sesuatu keputusan, beliau amat berhati-hati dan teliti kerana kegagalan akan menyebabkan beliau diperlekehkan oleh staf sendiri. Beliau sering mendapatkan pandangan dan pendapat dari rakan sekerja untuk membantu beliau. Dalam mengadakan sesuatu aktiviti, beliau amat mengutamakan ketelitian dan kesempurnaan supaya apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan kejayaan sekolah, beliau sering mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama staff beliau untuk mendapatkan satu keputusan yang terbaik. Walaupun sekolah berkenaan telah menunjukkan tanda-tanda adanya peningkatan, masih lagi ada suara-suara sumbang samada dari staf atau ibubapa yang masih lagi tidak berpuashati dengan tindakan drastik beliau yang ingin mengubah suasana atau iklim sekolah kepada yang terbaik. Setakat yang saya tahu, kehadiran beliau di sekolah itu amat bertepatan kerana sekolah berkenaan telah dapat menaikkan prestasi daerah untuk keputusan UPSR. Apabila berborak dengan beliau, rakan saya ini menyatakan bukan senang nak memuaskan hati semua staf dan ibubapa tetapi dia berpuashati kerana prestasi sekolah beliau telah melonjak dan bilangan murid yang mendapat 5A setiap tahun semakin meningkat.

AMIRUDDIN BIN AHMAD A130536

.
7/28/2010 23:50:59 Stail Membuat Keputusan A130539 Mohd Saniy Tai Abdullah Stail Membuat Keputusan

Ia adalah sebenarnya cara pemikiran dan membuat keputusan seseorang. Tiada kaitan dengan tahap kecerdikan seseorang. Selalunya melalui pengalaman bersama orang lain atau budaya lain. Juga berkait dengan maklumat dan keputusan orang lain. Tiada satu pun stail yang boleh dikategorikan sebagai baik atau sebaliknya, malah keberkesanannya bergantung kepada situasi. Stail terbahagi kepada 2 dimensi utama iaitu ‘info use’ dan ‘solution focus’. Si Pembuat Keputusan juga boleh dilihat dari dua aspek iaitu ‘Maximiser’ atau ‘Satisficer’ dan samada ia berunsur ‘uni-focused’ atau ‘multi-focused’

Terdapat 5 stail utama iaitu Decisive, Hierarchic, Flexible, Integrative, Systemic. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Latar Belakang Kes

Guru Disiplin mendapat maklum seorang guru lelaki berumur 30 tahun dan masih bujang telah mencabul kehormatan beberapa orang murid lelaki. Hasil siasatan di peringkat sekolah oleh Guru Disiplin dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, mendapati tiga orang murid lelaki menjadi mangsa dalam insiden tersebut yang berlaku di rumah guru berkenaan dan di dalam makmal komputer sekolah.

Langkah-langkah dalam Membuat Keputusan

Setelah menerima laporan daripada murid, pihak sekolah menjalankan siasatan terperinci dan membuat makluman lisan melalui telefon kepada pihak PPD. Pihak sekolah seterusnya mengenalpasti mangsa dan suspek yang terlibat dan mengumpul bukti untuk meneruskan pertuduhan. Satu laporan berformat dibuat kepada PPD melalui Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah. Pihak sekolah juga telah pergi menemui ibu bapa murid yang berkenaan untuk memaklumkan kedudukan sebenar insiden yang berlaku.

Ketiga-tiga orang murid tersebut diminta menulis kisah sebenar yang berlaku tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Laporan murid-murid berkenaan kemudiannya dijadikan laporan kes untuk mengadili guru tersebut.

Persepsi, Ingatan dan Perhatian

Persepsi ialah rangsangan ke atas mana-mana deria kita. Kita akan memberi makna kepada ransangan yang diterima oleh deria lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh. Persepsi juga dikaitkan dengan pengalaman kita tentang objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antara satu fenomena dengan fenomena lain yang diperolehi dengan menyimpulkan maklumat dan menafsirkan makna mesej yang diperhatikan. Persepsi akan memberi kesan terhadap komunikasi antara perseorangan, di mana seseorang akan memberikan tumpuan kepada perlakuan komunikasi diri orang lain bergantung kepada tahap minat dan keperluannya kepadanya.

Dalam kes ini, saya memberi persepsi kepada apa yang saya dengar hasil laporan daripada GPK HEM, Guru Disiplin dan mangsa-mangsa terlibat. Persepsi pertama saya juga berkait dengan pengalaman mengendalikan kes seumpama ini yang mana saya lihat sebagai sesuatu yang serius dan perlukan pembuatan keputusan yang segera dan tepat.

Walaupun terdapat dua jenis persepsi iaitu persepsi pasif dan persepsi aktif. Saya melihat persepsi saya dalam kes ini lebih berbentuk persepsi aktif kerana daripada apa yang berlaku saya digerakkan untuk memilih maklumat tertentu untuk diberi tumpuan. Kemudiannya saya melalui tiga proses asas persepsi iaitu pemilihan rangsangan, penyusunan dan membentuk struktur ke atas apa yang saya dengar dan menginterpretasi atau memberi makna kepada apa yang diperhatikan.

Dalam proses pemilihan rangsangan ini juga, saya lebih menumpukan perhatian kepada maklumat bagi menyelesaikan masalah ini. Saya sebenarnya telah melakukan persepsi terpilih (selective perseption) di mana saya lebih menumpukan segala perhatian saya kepada rangsangan tertentu (mangsa-mangsa) dan mengabaikan yang lain. Saya menaruh perhatian kepada hal-hal tertentu sesuai dengan kepercayaan, sikap, nilai, kelaziman, dan kepentingan bersama.

Saya memilih, menyusun dan menginterpretasikan semua persepsi untuk membentuk impresi atau gambaran umum tentang suspek supaya saya tidak teragak-agak untuk membuat kesimpulan. Saya juga telah memberi tumpuan kepada keseluruhan insiden bagi mengelakkan kesan recency berlaku dalam proses membuat keputusan. Teori personaliti implisit merupakan satu set kepercayaan dan hipotesis mengenai seseorang secara amnya. Andaian secara am ini ternyata salah dalam kes ini kerana walaupun suspek yang juga merupakan seorang guru agama dan mengerjakan solat sepatutnya memberikan satu set andaian kepada umum bahawa dia itu jujur, beriman, bermoral tinggi dan baik perilakunya. Konstruk peribadi polar berlawanan adalah sesuai digunakan bagi mengkategorikan guru tersebut.

Dalam proses membuat keputusan ini, saya juga perlu melihat kepada motif atau sebab perlakuan-perlakuan itu berlaku dan cuba untuk memahami apa yang menyebabkan guru itu berperilaku demikian. Proses atribusi ini penting supaya dapat membentuk satu penerangan yang paling kredibel bagi perlakuan guru tersebut. Saya perlu menilai kepada niat atau darjah kesengajaan perlakuannya samada disebabkan oleh keadaan (circumstances), rangsangan (stimulus) atau dirinya sendiri. Sebagai Pembuat Keputusan saya perlu mengikis sikap bias kerana ini akan menghalang saya membuat pertimbangan dan persepsi yang lengkap. Persepsi yang betul dan tepat menyebabkan saya memahami mengenai masalah dengan betul dan membantu saya membuat keputusan yang tepat.

Terdapat 2 bentuk ingatan iaitu Ingatan Jangka Pendek (STM/working Memory) dan Ingatan Jangka Panjang (LTM/Storing memory). Ia amat penting dan membantu saya mengenalpasti masalah yang hampir sama dan justeru itu mudah untuk mencari jalan penyelesaian. Ia bukan sahaja membantu ingatan semula malah mengaitkan keadaan terdahulu dengan situasi sekarang di mana saya dapat melalui proses pengecaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan. Dengan mengambilkira faktor ini saya percaya keputusan yang diambil adalah bertepatan dengan situasi yang berlaku.

Persepsi awal saya terhadap guru tersebut menyebabkan ingatan saya dirangsang dengan pengalaman lalu dan membolehkan saya mengaitkan ingatan ini bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada apa yang perlu dilakukan. Atas keterbatasan ketiga-tiga aspek ini, saya meletakkan prioriti kepada keselamatan, keselesaan dan emosi mangsa-mangsa yang terlibat. Lantaran itu, keputusan yang diambil menukarkan guru tersebut ke sekolah lain yang agak jauh adalah bertepatan dan langkah-langkah memulihkan emosi mangsa-mangsa yang mengalami trauma segera dilakukan. Pihak PPD juga membantu dalam merujuk guru tersebut untuk ‘dipulihkan’ melalui kaedah kaunseling dan kerohanian agar ‘nafsu songsangnya’ dikembalikan ke arah dan tujuan yang selaras dengan tuntutan agama.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, ternyata stail membuat keputusan adalah saling berhubungan dan ia harus dilalui dengan betul agar proses membuat keputusan akan menjadi lebih tepat. Namun ia tetap mempunyai batasan yang akan mengganggu proses-proses dalam membuat keputusan. Keterbatasan ini menyebabkan si pembuat keputusan akan dipengaruhi oleh prioriti kepada penyelesaian masalah dengan kata lain bersifat ‘situational’. Maka usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan pun perlu dilakukan mengikut prioriti.

A130539 Mohd Saniy Tai Abdullah


7/28/2010 23:57:48 Kemahiran Membuat Keptusan (KMK) A130524-KAMARDIN KFFI Dalam membicarakan pengalaman, kita tidak terlepas daripada memghadapi sebarang pengalaman sama ada pengalaman yang baik atau tidak baik. Saya juga ada sedikit pengalaman yang tidak baik. Itu adalah pengalaman pertama yang saya hadapi ketika saya menjawat jawatan guru besar di sebuah sekolah rendah di negeri Terengganu.

Di sini juga saya hendak berkongsi dengan rakan-rakan bagaimana saya menyelesaikan permasalahan itu. Saya tidak mampu bertindak secara bersendirian. Beluma ada pengalaman menghadapi situasi seperti ini. Saya perlukan penyokong. Saya amat memerlukan sokongan dan tunjuk ajar daripada orang lama dan banyak pengalaman. Al-hamdulillah saya ada kekuatan setelah saya ada penyokong di belakang saya. Mereka ialah semua Penolong Kanan saya.

Saya juga mendapat sokongan daripada pegawai di jabatan pelajaran negeri. Jika saya tiada penyokong, bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini?

Pada mulanya saya merasa ragu-ragu untuk bertindak. Perasaan takut dan bimbang akan keselamatan diri saya terus menghantui diri saya. Saya orang luar.

Kajian Kes - PONTENG KERJA

Pada bulan April tahun 2008, saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah ditawarkan untuk menjawat satu jawatan baru, yang lebih mencabar setelah saya menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) selama hampir 10 tahun. Saya ditawarkan jawatan baru sebagai Guru Besar di salah sebuah sekolah rendah di daerah Setiu, Terengganu. Dengan hati yang bercampur resah saya menerima tawaran itu. Sekolah itu jauh dari kediaman saya. 150 kilometer jaraknya pergi dan balik setiap hari. Penat berulang alik setiap hari.

Pada hari pertama di sekolah itu, saya telah mengadakan satu mesyuarat bersama-sama guru dan kakitangan sekolah. Dalam mesyuarat itu juga, saya mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi perkenalan dengan semua staf di sekolah.

Alhamdulillah saya panjat kepada Allah SWT saya diterima dengan terbuka oleh semua guru dan kakitangan di sekolah itu. Rata-rata semua guru di sekolah adalah seusia dengan saya. Masing-masing berumur awal 40an.

Sebagai pentadbir yang baru, dalam minggu pertama saya hanya membuat tinjauan di sekitar sekolah itu. Saya melakukan pemeriksaan dan pemantauan semua bangunan dan semua bilik kelas serta bilik khas yang terdapat di sekolah itu. Saya dapati terdapat beberapa perkara yang perlu saya ambil tindakan segera. Antaranya ada tandas-tandas yang perlu diperbaiki dengan segera. Saya telah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di Pejabat Pelajaran Daerah Setiu untuk memaklumkan perkara tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepadanya kerana permasalahan tersebut telah di atasi segera.



"Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain ragamnya". Itulah perumpamaan yang kita selalu dengar. Suatu hari, saya telah dimaklumkan oleh Pembantu Tadbir bahawa terdapat seorang staf sokongan saya yang selalu ponteng kerja. Saya bertanya kepadanya, sejak bila perkara ini berlaku? Dia mengatakan bahawa perkara ini telah sejak bulan Febuari yang lalu. Hasil siasatan saya daripadanya, saya dapati Guru Besar terdahulu telah mengambil beberapa tindakan kepadanya, seperti nasihat dan teguran. Tetapi semua usaha beliau tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.

Pada bulan Mei saya telah mengikuti

Saya namakan kakitangan saya itu sebagai Ali. Orangnya kacak. Sederhana tinggi orangnya. Tidak gempal. Berusia akhir 30an. Bermisai tebal.

Ali seorang pemuda tempatan. Suka bermain bola sepak. Pembabitannya dalam sukan ini telah melayakkannya mewakili pasukan bola sepak negeri ke pertandingan PSKPP kebangsaan.

Namun begitu, beliau mempunyai perangai yang tidak disukai oleh segelintir kakitangan di sekolah ini. Beliau sering ponteng kerja terutamanya di sebelah petang.

Hasil siasatan saya, amalan yang tidak sihat ini beliau telah diberi nasihat dan kata dua oleh Guru Besar terdahulu. Tetapi semua itu tidak mendatangkan sebarang hasil. Perkara ini bermula pada awal Febuari 2008 sehinggalah Guru Besar itu pencen pada bulan Mac 2008.

Pada minggu ke dua di sekolah itu saya tidak pernah melihatnya datang bertugas berjumpa dengannya. Maka saya membuat tafsiran sendiri bahawa memang sah, si Ali ini telah ponteng kerja. Saya rasa ini merupakan cabaran pertama saya sebagai seorang guru besar di sekolah ini.Pada mulanya saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.

Pada Mei 2008, saya terpilih menghadiri satu kursus Tatatertib yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu kepada semua guru besar yang baru dilantik.

Hasil taklimat kursus yang saya hadiri itu, saya ada kekuatan untuk mengambil tindakan ke atas staf itu. Dengan saranan dan panduan serta garis panduan yang diberikan oleh pegawai kursus itu, saya telah memulakan tindakan disiplin kepada staf saya itu.

Saya kembali ke sekolah semula setelah 4 hari menghadiri kursus tatatertib itu.

Saya memanggil semua Penolong Kanan di sekolah saya untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang tingkah lakun si Ali itu. Masing-masing memberikan semua maklumat yang saya kehendaki. Hasil daripada maklumat itu saya membuat kajian bersama Penolong Kanan 1, Cikgu Ibrahim. Dapatan kajian itu, saya dapati Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi beberapa projek pembangunan kepada Pemuda UMNO Setiu. Dan Ali sebagai salah seorang daripada AJK Bahagian tidak mahu melepaskan peluang seperti ini. Beliau telah meminjam lesen kontark daripada seorang kawan baiknya. Dia bernasib baik.Beliau telah berjaya mendapat kontrak membaikpulih sebuah surau sekolah dan membina pagar baru di salah sebuah sekolah rendahdi daerah ini.

Setelah saya mengumpul semua maklumat itu, saya berjumpa dengan seorang pegawai yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal tatatertib semua kakitangan warga pendidikan di negeri di jabatan.

Dalam pertemuan itu saya menceritakan segala permasalahan yang telah berlaku. Beliau telah memberi beberapa perkara yang perlu saya ambil.

Dalam pada masa yang sama beliau juga memberi amaran kepada saya, sekiranya saya gagal mengambil sebarang tindakan ini kepada Ali, saya sebagai pentadbir sekolah akan dikenakan tindakan 'surcaj'. Terkejut saya dibuatnya. dalam hati saya berkata, " ini tak boleh jadi ", " aku perlu bertindak cepat" sebelum nasi menjadi bubur.

Antara tindakan pertama saya ambil ialah mengutus surat pangilan kembali bertugas kepadanya, tetapi gagal. Kemudian saya ulangi dengan surat yang kedua, beliau menerimanya. Keesokan hari, beliau datang ke pejabat sebelum saya tiba di sekolah. Beliau telah berjumpa dengan Pembantu Tadbir mendapatkan borang permohonan untuk bercuti tanpa gaji selama 6 bulan bermula bulan Jun 2008 sehingga November 2008. Saya terlebih dahulu menyemak permohonannya dan saya menyokong permohonan beliau itu sebelum dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran untuk mendapatkan kelulusan. Dalam masa yang sama, saya juga pergi telah ke Jabatan Akauntan Negara untuk memaklumkan agar gaji beliau pada bulan Mei tidak dibayar setelah saya mendapat nasihat daripada jabatan.Untuk gaji Ali bulan-bulan yang berikutnya surat dari jabatan akan menyusul.

Pada pertengahan bulan Jun 2008, Jabatan Pelajaran telah meluluskan permohonan Alisaya itu. Hati saya merasa lega.

Oktober 2008 saya telah dipindahkan ke Jabatan Pelajaran negeri untuk menjalankan menjawat sebagai Penyelia Kanan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan. Sebagai Penyelia, saya berpeluang melakukan lawatan ke seluruh daerah di negeri Terengganu. Suatu hari mengambil kesempatan melakukan lawatan mengejut ke sekolah itu. Kedatangan saya ke sekolah telah mengejutkan semua guru dan kakitangan sekolah itu. Saya disambut mesra. Saya terserempak dengan Ali semasa saya menyusuri tangga ke tingkat atas menghala ke pejabat sekolah untuk berjumpa Guru Besar baru sekolah itu. Saya memberi salam kepadanya, dia menjawab salam saya dengan senyuman. Saya berbual-bual buat seketika dengan Ali di koridor bangunan. Saya bertanya khabar. Bagaimana keadaan sekolah setelah saya berpindah ke jabatan? Bagaimana guru besar yang baru? Beliau mampu menjawab dengan baik. Tetapi, beliau saya dapati masih merasa malu...malu-malu kucing untuk berbual mesra dengan saya. Aatau mungkin dia merasa bersalah terhadap saya.

Setelah itu saya berjumpa dengan Guru Besar baru sekolah itu. Orang Besut. Bertubuh gempal, tapi mesra. Namanya En. Mohd. Noor.Perbualan kami banyak berkisar tentang Ali. En. Mohd Noor mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada saya di atas tindakan saya terhadap Ali tempoh hari. Setelah tamat tempoh 'percutiannya' Ali telah berubah sikap. Rajin bekerja. Datang awal pagi untuk bertugas. Tidak ponteng kerja lagi. Menyiapkan tugasan 'on time'.

Walaupun saya telah telah ditukarkan ke jabatan, hubungan saya dengan semua warga sekolah tersebut masih berjalan seperti biasa sehingga kini.

Kepada pegawai di jabatan saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membantu saya menangani masalah itu dengan penuh dedikasi. Kepada Ali saya ucapkan semoga maju jaya.Jadikan peristiwa semalam itu sebagai kenangan dalam kehidupan ini. Sebagai manusia biasa kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Kesilapan itulah yang mengajar kita demi hari esok yang tidak menentu. Demikianlah rentetan peristiwa yang saya alami di sekolah itu ketika saya menjawat jawatan itu selama 6 bulan sahaja.

Kepada rakan-rakan sekelas, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membaca catatan ringkas ini.

Sekian, terima kasih.

catatan daripada:

KAMARDIN KAFFI
A 130524,
PKPGB Kohort 4,\
UKM, Bangi, SELANGOR.

.
7/29/2010 0:12:33 Stail Membuat Keputusan A130532 Setiap hari kita membuat keputusan. Setiap manusia tidak boleh lari daripada membuat keputusan dalam kehidupan sehariannya. Keputusan dibuat untuk diri sendiri, keluarga, organisasi kita bekerja, untuk masyarakat dan negara. Membuat satu keputusan yang penting bukanlah mudah. Keputusan yang dibuat sama ada besar, kecil, rutin atau kadangkala menjadi tugas harian – tidak bolah lari daripada membuat keputusan.

Yang membawa perubahan dalam kehidupan kita adalah hasilan daripada keputusan yang dibuat itu betul atau salah. Jika keputusannya betul maka semua orang yang terlibat dalam membuat keputusan itu akan mendapat manfaat dan jika tersalah ia akan merugikan diri, keluarga, organisasi dan juga masyarakat yang boleh membawa kepada pelbagai masalah yang tidak dapat dijangka. Itulah tanggappan umum saya mengenai pembuatan keputusan.

Tetapi setelah mengikuti kuliah Kemahiran Membuat Keputusan pada hari ini oleh Dr. Zamri pada petang ini saya mengetahui bahawa dalam membuat keputusan ada pelbagai stail/gaya. Setiap gaya ini bergantung kepada cara pemikiran seseorang dan pengalaman mereka hasil daripada pergaulan dengan orang lain yang mempunyai pelbagai budaya. Ada 4 jenis gaya dalam membuat keputusan iaitu Decisive, Flexible, Hierarchic dan Integrative.

Hasilan daripada kuliah hari ini saya sebagai pengurus sekolah mendapati adakalanya saya membuat keputusan mengikut gaya Decisive yang mempunyai ciri-ciri membuat keputusan dengan cepat, berorientasikan kerja, menepati masa, bersifat mengawal dan pentingkan kuantiti. Pada masa lain pula saya mengikut gaya Hiararchi yang mempunyai ciri-ciri bergerak lambat, berteliti, logikal, menjaga kesempurnaan dan pentingkan kualiti.

Setiap situasi/masalah yang dihadapi perlukan gaya yang berbeza-beza. Sebagai pengurus saya tidak boleh hanya ikut satu gaya membuat keputusan dalam setiap situasi yang dihadapai. Adakalanya saya perlu ikut gaya Flexible yang bersifat terbuka, membuat keputusan dengan cepat, menyesuaikan diri dengan keadaan disamping menggunakan gerak hati. Pada masa lain pula bagi menyelesaikan sesuatu masalah saya perlu iktut gaya Integrative yang mempunyai ciri bersifat terbuka, melambatkan proses, menyesuaikan diri dengan situasi, meneroka, berkreatif, disamping bersifat analitikal.

Sekolah yang saya bertugas terletak di kawasan ladang di Daerah Kuala Selangor dengan 7 orang guru yang 5 daripadanya adalah guru GSTT. Dengan bantuan 2 orang guru terlatih dan pegawai pentadbir rendah yang berkelulusan SRP saya menguruskan sekolah saya dengan membuat penambahbaikan berterusan. Bagi setiap masalah yang dihadapi saya menggunakan pelbagai kaedah sebagai jalan penyelesaisan. Setiap kali saya membuat keputusan saya berbincang dengan orang bawahan saya dan kalau boleh membuat keputusan secara bermusyawarah.Persoalan utama yang dihadapi adalah bagaimana hendak membuat keputusan dalam tekanan yang tinggi, pada masa yang tepat dan keputusan itu berkualiti tinggi. Untuk menghadapi keadaan tersebut, saya ketahui bahawa saya perlu mantapkan diri saya. Maka saya mengambil peluang mengikuti Program PKPGB ini yang memberi pelbagai input kepada saya sebagai pengurus sekolah dan memantapkan diri sebagai pembuat keputusan yang berkaliber.

Cik. Manikam A/P Sinnappan ( A 130532 ) PKPGB Kohort 4


7/29/2010 0:58:43 Stail membuat keputusan A130533 Zainuddin Bin Abdul Halim Stail Membuat Keputusan

Dalam menjalankan tugas di Pejabat Peljaran Daerah Klang sebagai Penyelia Kanan Sekolah Rendah saya telah menemui pelbagai ragam dan watak manusia daripada golongan pendidik bermula daripada Guru Besar hinggalah kejawatan guru biasa. Banyak permasalahan yang terpaksa diselesaikan samada mengikut budi bicara atau pun mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.Salah satu kes yang saya hadapi ialah berkenaan Guru Besar SK Jalan U3, Subang En Abdullah Bin Saadon. Guru Besar ini telah beberapa kali ditukarkan sekolah kerana masalah perwatakan dan masalah komunikasi dengan masyarakat sekolah.Apabila beliau telah ditugaskan untuk membuka sekolah baru di daerah saya iaitu SK Jalan U3, Subang saya berkesempatan untuk lebih dekat lagi dengan beliau lebih-lebih lagi kami pernah bertugas disekolah yang sama iaitu SMK Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Pada 01 September 2009 disebabkan wujudnya masalah pentadbiran di SK Hicom, beliau telah dilantik sebagai 'care taker' iaitu bertanggungjawab untuk membuka sekolah baru itu SK Jalan U3. Hasil pengamatan saya beliau telah melaksanakan tugas dengan baik dan teratur. Beliau sentisa berhubung dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana.Semua tugasan proses membuka sekolah seperti buka akaun sekolah, pendaftaran sekolah, pendaftaran pertubuhan PIBG sekolah, penerimaan perabot, pendaftaran bekalan elektrik dan air sekaolah, mendapatkan guru-guru dan staf yang mencukupi dan sebagainya telah dilakukan dengan kadar yang segera dan teratur. Beliau juga telah dapat mengawal guru-guru dan staf sekolah dengan baiknya. Guru-guru yang diterima oleh SK Jalan U3 adalah penempatan guru yang diterima daripada lebihan guru daripada sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti. Guru-guru yang dihantar kebanyakanya adalah guru-guru yang bermasalah. Namun begitu beliau telah dapat /mengawal dengan menggunakan budi bicara beliau. Sekiranya masih lagi berlaku perlanggaran disiplin seperti ponteng kerja beliau akan melaksanakan tindakan mengikut surat pekeliling KPM.Dari tindakan mengeluarkan surat amaran hinggalah kepada pemotongan gaji. Tindakan ini sangat berkesan bagi menghadapi guru-guru yang bermasalah. Akan tetapi En Abdullah memiliki kelemahan diri iaitu masalah komunikasi.Beliau sering memarahi,menempelak kata-kata guru, menyindir dan menjerit dikhalayak ramai termasuk di hadapan guru-guru, ibubapa dan murid tanpa mengira masa dan tempat termasuklah semasa waktu perhimpunan. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan guru-guru, staf dan juga guru penolong kanan.Ini mewujudkan suasana yang kurang sihat dan En Abdullah adalah seorang yang panas baran dan tidak dapat mengawal diri semasa beliau dalam keadaan marah. Hinggakan beliau sendiri tidak tahu apa yang beliau cakapkan.Tetapi beliau sebenarnya adalah seorang yang tidak menyimpan dendam dan akan melupakan kesalahan yang dilakukan oleh guru-guru beliau. Kesan daripada ini, masalah komunikasi beliau telah menutup semua kebaikan dan kredibiti beliau dikalangan warga sekolah. Saya telah mengambil keputusan untuk memanggil beliau ke PPD dan menasihatinya supaya belajar mengawal diri dalam sebarang situasi. Malangnya disebabkan ianya berpunca daripada masalah dalaman diri beliau, masalah ini berterusan hingga kehari ini. Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk menghantar nama beliau ke Unit Bimbingan dan kaunseling PPD Petaling Perdana untuk dikaunselingkan dan juga menghantar nama beliau ke Unit Kualiti Jabatan Pelajaran Selangor untuk membolehkan beliau di beri kursus asas pentadbiran sekolah bagi pentadbir yang bermasalah. Atas kuasa yang ada pada jawatan saya, saya kira telah membuat satu keputusan yang tepat kerana walaupun guru besar telah melakukan kesalahan saya tetap memberi ruang dan peluang kepada beliau untuk memperbaiki diri. Akan tetapi perkara ini berterusan lalu saya terpaksa mengambil tindakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Saya sentiasa berdoa apa jua keputusan yang saya ambil adalah untuk kebaikan semua pihak dan semua pihak perlu diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Semua ini adalah kerana kita adalah PENDIDIK.

Zainuddin Bin Abdul Halim (A130533)


7/29/2010 1:28:15 Gaya Membuat Keputusan A130549 Arokiamary Soosainathan Gaya Membuat Keputusan

Hari ini saya telah belajar 5 gaya membuat keputusan,iaitu Gaya 'Decisive' , 'Hierarchic', 'Flexible',Integrative dan 'systemic'.Gaya adalah tabiat berfikir dan membuat keputusan . Kita membuat keputusan berdasarkan pengalaman.Gaya yang digunakan mungkin baik dan tidak baik.Banyak butiran digunakan sebelum membuat keputusan.

Saya ingin berkongsi dengan anda gaya yang digunakan oleh En. Jay semasa membuat keputusan dalam kehidupannya.En.Jay telah memulakan hidupnya sebagai telefonis.Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang tidak berkerja dan mereka dikurniakan dengan 3 orang anak.Pada suatu ketika beliau tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima sebagai telefonis dan membuat keputusan untuk mencari kerja yang lebih baik iaitu sebagai pemandu teksi. Duit yang didapati dari memandu teksi masih tidak cukup untuk hidup mewah.

Pada suatu hari, beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara dengan harapan dapat hidup selesa. Beliau membuat keputusannya setelah berbincang dengan ahli keluarga dan kawan-kawannya. Lapan puluh peratus memberi sokongan dan memberi reaksi yang positif untuk bermastautin di luar negara. Beliau mengambil masa yang lama dalam membuat keputusan tersebut. Beliau berfikiran bahawa beliau bukanlah seorang yang professional dan berpendapat susah untuk mencari kerja.

Kakak iparnya yang sudah lama berhijrah ke sana berkehidupan mewah .Beliau juga memberi sokongan dan bantuan untuk En. Jay dan keluarganya berhijarah .Setelah lama berfikir akhirnya beliau ke Australia dengan harapan anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi di sana.

Setelah berpindah ke sana beliau dan isterinya mendapat pekerjaan. Kehidupan mereka mula berubah .Mereka memiliki 2 buah kereta dan sebuah rumah yang besar dan mewah.Anak -anak mereka juga dapat memajukan diri dengan kemudahan pendidikan yang terdapat di sana.

Pada pendapat saya, beliau telah menggunakan 'Flexible Operating Style' di mana beliau telah memberi respons kepada nasihat keluarga dan kawan - kawannya.'Flexibity' itu sangat penting semasa membuat keputusan. Beliau dan keluarganya berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Beliau dan keluarganya dapat menyahut cabaran-cabaran yang dihadapi di sana dengan lebih tenang. Beliau gembira dengan keputusan yang dibuat.

Di Sediakan Oleh:

Arokiamary A/P Soosainathan
A130549


7/29/2010 3:09:47 STAIL MEMBUAT KEPUTUSAN A130527 JAM'ATUL SABARIAH BINTI ABD. GHANI Sepanjang hidup kita, setiap orang pasti akan membuat keputusan samada yang mudah ataupun yang susah. Setiap keputusan yang diambil sudah pastinya mempunyai risiko-risiko tersendiri. Menulis sebarang keputusan yang telah kita buat adalah salah satu cara untuk mengekspresikan apa yang kita rasa dan apa yang kita fikirkan. Sudah pasti ada banyak perkara yang kita simpan dalam hati dan fikiran sulit untuk diperkatakan dan ditulis.

Saya mula bekerja setelah mengikuti kursus perguruan selama tiga tahun. Lima tahun kemudian, saya berkahwin dan memperolehi dua orang anak. Semasa anak-anak masih kecil lagi, keinginan untuk belajar semula ada tetapi tiada peluang. Masalah utama adalah wang dan urusan anak-anak yang memerlukan perhatian saya.

Setelah bekerja selama sembilan belas tahun sebagai guru, saya memohon bertugas di Lembaga Peperiksaan. Apabila bekerja di sini, saya dapati ada diskriminasi tugas serta persaingan dalam jawatan di antara golongan gred sokongan dan golongan gred professional. Saya lihat ramai rakan sekerja menyambung pengajian mereka. Ini memberi motivasi kepada saya meneruskan cita-cita untuk mendapatkan ijazah. Saya mengambil keputusan belajar semula. Jika mereka boleh, mengapa saya tidak mencubanya. Suami mengizinkan saya untuk belajar semula dan anak-anak juga tidak membantah keputusan saya.

Saya memohon untuk mengambil ijazah dalam kursus Program Khas Pensiswazahan Guru Besar. Permohonan saya berjaya setelah menjalani sesi temuduga pada bulan Mei 2009. Akhirnya pada bulan Julai 2009 saya memulakan pengajian saya di peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Suami saya pula belajar di Open Universiti Kuala Lumpur.

Rakan-rakan sekuliah saya seramai dua puluh lima orang lagi dan dua pertiga daripada mereka bertugas sebagai guru besar di sekolah rendah. Jadual pembelajaran kami padat kerana kursus ini dilaksanakan secara intensif. Kami bekerja sambil belajar sehingga tamat pengajian pada tahun 2012 nanti. Saya dan rakan-rakan sekuliah gembira walaupun penat dan ada kalanya tidak cukup tidur kerana menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Kadang kala, saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak. Mujurlah mereka memahami dan ini menjadikan saya semakin bersemangat untuk belajar.

Pada pendapat saya, keputusan yang saya buat untuk belajar semula ini ternyata tepat dan amat baik buat diri saya. Walaupun penat kerana terpaksa belajar dan menyiapkan tugasan hingga larut malam, menguruskan rumah tangga dan bekerja; saya rasa gembira. Saya dapat meneruskan cita-cita saya untuk mendapatkan ijazah. Bergaul dengan rakan-rakan baru menjadikan saya sentiasa berfikiran positif dalam setiap tindakan yang ingin dilakukan. Saya juga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan, keyakinan diri, jawatan dan dapat meningkatkan lagi taraf hidup saya.

Dalam situasi di mana saya telah memperolehi segalanya iaitu karier yang baik, keluarga bahagia dan anak-anak yang berjaya serta harta yang seadanya; belajar semula bukanlah menjadi satu keutamaan. Inilah keputusan yang telah saya ambil. Keputusan saya untuk belajar semula telah menjadi pendorong dan motivasi kepada anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading. Kami sekeluarga berlumba-lumba untuk mendapatkan ijazah masing-masing.

Berdasarkan kuliah yang telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Zamri Mansor dalam Kuliah ZT2263 KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN pada pukul 2.30 petang 28 Julai 2010 (semalam), saya tidak pasti apakah stail membuat keputusan yang telah saya ambil…… sama ada “Decisive”, “Hierarchic”, “Fleksible”, “Intergrative” atau “Systematic” serta ciri-ciri yang ada pada setiap stail itu secara terperinci. Apa stail membuat keputusan yang telah saya buat agaknya……???

JAM’ATUL SABARIAH BINTI ABD. GHANI
A 130527,
PKPGB Kohort 4,
UKM Bangi, Selangor


7/29/2010 3:15:39 Gaya Membuat Keputusan A130551 Anthony Mary A/P Abel Pada hari ini bersamaaan 28 julai 2010 seperti biasa kami berada dalam bilik kuliah GM5. Kami sedang menantikan pensyarah Dr. Ahmad Zamri yang akan menjalankan kuliah ZT 2263 Kemahiran membuat keputusan pad apukul 2.30 petang.

Walaupun letih setelah berjaya melaksanakan tugas-tugas Karnival Hari Guru peringkat universiti pada hari sebelumnya. Setiap ahli PKPGB K4 tetap menunggu ketibaan pensyarah dengan penuh harapan.

Pensyarah kami tiba tepat pada masanya dan terus mulakan kuliah yang bertajuk 'stail-stail mebuat keputusan'. Saya faham bahwa stail membuat keputusan adalah amalan kita berfikir dan membuat keputusan mengenai keluarga, kerja, dan juga diri kita sendiri. Saya juga faham bahwa membuat keputusan tersebut dibentuk daripada pengalaman kita.

Kami didedahkan tentang 'maximiser' dan 'satisfier', Walaupun kami telah cuba untuk memahami apa yang dikuliahkan, saya telah faham bahawa ada dua jenis jalan penyelesaian dalam membuat keputusan iaitu 'unifocused' yang bermaksud satu jalan penyelesaian dan 'multifocused' iaitu pelbagai jalan penyelesaian.

Kami difahamkan bahawa pembuat keputusan boleh dikategorikan kepada lima corak iaitu decisive, hierarchic, flexible, integrative dan systematic. Setelah diberi penerangan dengan banyak contoh saya faham tentang ciri-ciri setiap corak pembuat keputusan itu.

Perkara yang telah saya menghayati adalah tentang apa yang telah diperkatakan iaitu membuat keputusan tidak ada kaitan dengan kebijaksanaan ataupun portfolio yang dipegangnya tetapi ia hanya bergantung kepada kekerapan seseorang itu membuat keputusan. Cara membuat keputusan itu hanyalah bergantung kepada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.

Diantara corak decisive, hierarchic, flexible, integrative dan systematic yang telah kami pelajari, corak yang memberi impak yang dalam kepada saya adalah corak decisive kerana terdapat orang penting dalam kehidupan saya yang mempunyai corak membuat keputusan decisive. Beliau menepati semua ciri-ciri bagi pembuat keputusan decisive iaitu cepat, berorientasikan tindakan, menepati masa, berkualiti dan persistent.

Beliau ialah ibu saya. Seperti yang telah dinyatakan tadi pembuat keputusan tidak perlu berpelajaran tinggi, sebagaimana ibu saya yang tidak berpelajaran tinggi tetapi beliau dapat membuat keputusan dengan cekap. Beliau memang membuat keputusan dengan cepat dan beliau selalu konsistent dalam mebuat keputusan. Setiap kali masalah timbul cara beliau membuat keputusan adalah konsistent. Beliau adalah orang yang boleh diharap untuk mendapatkan satu cara penyelesaian bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Sering kali saudara-mara dan sepupu kami datang untuk dapatkan nasihat ataupun cara penyelesaian bagi sesuatu masalah. Beliau adalah seorang yang setia dan kita boleh harapkan beliau untuk menyimpan perkara-perkara yang diceritakan dalam diri sendirinya. Sifat beliau ini memang digemari oleh mereka yang datang untuk mendapat pendapat beliau untuk menyelesaikan masalah.

Disini saya bukan hanya hendak menyatakan perkara-perkara positif sahaja tentang beliau. Beliau juga mempunyai sifat-sifat negatif dalam dirinya sendiri. Ada juga keadaan dimana beliau bertindak secara terburu-buru dan membuat keputusan tanpa mendengar dengan teliti tentang masalah tersebut. Tindakan beliau yang terburu-buru ini memang kadang kala menyusahkan dan masalah tetapi tidak akan mendatangkan padah yang teruk.

Walaubagaimanapun, beliau tetap menjad pakar rujuk keluarga kami kerana keefisiennya tersebut. Walaupun kini beliau berusia sembilan puluh satu tahun beliau masih memberi banyak pendapat baik yang boleh dijadikan sebagai teladan hidup kita.

ANTHONY MARY A/P ABEL (A130551) PKPGB K4

.
7/29/2010 3:59:23 Stail Membuat Keputusan A130546 S.Hanim A.Rahman

Stail Membuat Keputusan

Hari ini saya telah mengikuti kuliah Dr Ahmad Zamri tentang stail membuat keputusan. Terdapat 5 stail membuat keputusan iaitu Decisive,Hierarchic, Flexible, Integrative dan Systemic.Setiap satu stail mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun cara kita membuat keputusan matlamatnya adalah satu iaitu setiap satu masalah perlu ada penyelesaiannya dan cara bagaimana bergantung kepada individu itu sendiri.

Kajian kes

Seorang guru lelaki, En Ismail merupakan seorang yang berperwatakan garang dan kehadirannya kelas adalah sesuatu yang menakutkan murid terutama murid di Tahap 1.Semua murid gerun bila mendengar nama guru tersebut akan masuk ke kelas mereka dalam waktu tertentu dan mereka tanpa disuruh akan duduk dalam keadaan yang senyap sunyi tanpa disuruh. Oleh itu dalam keadaan yang tertentu dengan perwatakan yang ada pada dirinya beliau telah ditetapkan dalam jawatankuasa kawalan murid dalam kebanyakan majlis yang diadakan di sekolah. Suasana akan menjadi senyap sunyi bila murid-murid melihat kelibat guru tersebut.Namun di sebalik sifat tersebut beliau merupakan guru yang sering ponteng kerja terutama selepas cuti hujung minggu. Alasan yang diberi adalah cuti sakit, anak sakit atau apa sahaja alasan.

Penyelesaian masalah

Guru besar sekolah tersebut telah memanggil beliau setelah melihat pola ketidakhadiran guru tersebut untuk beberapa kali. Beliau telah berjanji untuk tidak mengulangi perangai tersebut. Namun selang beberapa minggu amalan tersebut telah diulangi oleh beliau. Sekali lagi guru besar telah memanggil beliau untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah beliau hadapi. Sekali lagi beliau memberi alasan cuti sakit. Namun atas kebijaksanaan guru besar dalam menyelesaikan masalah tersebut, setelah mendapat maklumat daripada rakan-rakan guru tersebut guru besar dapat mencungkil rahsia sebenarnya. En. Ismail tidak dapat mengelak lagi dan terpaksa berterus terang bahawa selama ini beliau bercuti terutama selepas hujung minggu adalah kerana beliau membuat kerja skanambilan sebagai pembantu gerai daging di sebuah pasar borong bagi menampung kehidupan keluarga tambahan pula isterinya tidak bekerja dan tinggal di bandar besar seperti Johor Bahru memerlukan perbelanjaan harian yang besar.Setelah mendengar masalah yang diluahkan oleh guru tersebut guru besar telah menasihatinya dan menyatakan bahawa mengajar adalah tugas wajib beliau sebagai seorang guru tanpa sebarang kompromi. Walau bagaimana besar masalah sekali pun kehadiran ke sekolah adalah yang utama. Beliau perlu pandai membezakan antara tugas rutin dan tugas sampingan. Guru besar menyatakan pendapatan yang beliau sebagai guru inilah yang akan membesarkan anak-anak untuk mendapat keberkatan. Selepas itu guru ini tidak lagi mengambil cuti yang kerap seperti sebelum ini

Refleksi

Guru besar ini telah menggunakan stail Integrative. Walaupun tindakannya lambat (slow), beliau juga menggunakan pendekatan adaptable untuk menyesuaikan diri berada di dalam kehidupan guru tersebut dan memahami masalah yang dialami.Beliau juga bersikap terbuka (open) dengan mendengar masalah dengan teliti dan suka menganalisa (analytical) sesuatu masalah hingga ke akar umbi bagi mencari punca masalah tersebut. Beliau adalah good listerner, creative dan resourseful, empathic dan toleran dalam menghadapi suasana ini. Walaupun ia memekan masa yang lama tetapi hasilnya adalah memberangsangkan.

Disediakan oleh

S.HANIM BT A.RAHMAN A130546

.
7/29/2010 15:58:43 Stail membuat keputusan A130529SABARIAH SAPARI Hasil dari pemahaman dan pengamatan saya dengan apa yang telah disampaikan oleh Dr Zamri terdapat beberapa stail membuat keputusan,yang boleh diaplikasikan ketika kita membuat keputusan dalam kehidupan kita seharian iaitu decisive(ketegasan),hierarchic(turutan)flexible(penyesuaian)dan integratiive(keikhlasan).

Sebagai seorang ibu saya rasa amat bersyukur kerana anak ketiga saya telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan mendapat Mumtaz untuk peperiksaan PSRA.Sebagai ibu saya berhasrat untuk menghantar anak saya untuk meneruskan persekolahannya di Sekolah aliran agama.

Walaupun anak saya mendapat tawaran dari sekolah terbaik yang bukan aliran agama tetapi saya muktamad dan bertegas menggalakkan anak saya menyambung kesekolah aliran agama .

Dalam ketegasan saya untuk menghantar anak saya ke sekolah aliran agama saya masih bersikap terbuka dengan memberi peluang anak saya memilih sekolah mana yang menjadi pilihan hatinya.Diharapkan ini dapat memberi peluang dengan bersikap bertolak ansur dengan apa yang diminatinya.

Saya memilih untuk menghantar anak ke sekolah aliran agama kerana di sekolah tersebut diberi pendedahan sujek akademik dan subjek agama yang seimbang untuk kesempurnaan kehidupan di dunia dan diakhirat di samping mempelajari Bahasa Arab.

Pemilihan untuk menghantar anak belajar di Sekolah aliran agama lebih kepada rasa keikhlasan dan rasa kebertanggungjawaban terhadap masa depan yang lebih baik dan seimbang demi melahirkan insan yang berilmu dan dapat mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Dengan menadaptasikan beberapa stail membuat keputusan telah dapat membantu saya untuk membuat keputusan yang terbaik dan amat penting untuk anak saya dan akhirnya anak saya telah dapat menyambung pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Kejuruteraan.

SABARIAH BINTI SAPARI

A130529 KOHOT 4 PKPGB 2010

.
7/30/2010 20:45:05 Stail KMK A 130542 Pada 28 Julai 2010 yang lalu kami telah diberi satu pengetahuan baru berkaitan Jenis Stail Membuat Keputusan oleh Dr. Ahmad Zamri. Memang seronok sewaktu mengikuti subjek Kemahiran Membuat Keputusan kerana kami sering ditanya pengalaman sendiri yang berkait dengan pengajaran yang diajar.

Dalam terkial-kial menyalin nota (terlupa yang nota-nota itu boleh didapati dalam blog Dr. Zamri), sambil cuba menterjemahkan perkataan-perkataan Inggeris yang kurang saya faham... membuatkan saya tidak berapa hiraukan penerangan pensyarah asalkan saya dapat menyalin semua yang ditayangkan. Saya memang amat suka mengambil bahagian dalam perbincangan dan sumbangsaran yang diutarakan oleh pensyarah bersama rakan-rakan sekelas…tapi selalu gagal untuk berbuat demikian apabila sibuk menyalin nota. Betapa bagusnya kalau nota telah tersedia ada, dan saya hanya mencatat nota tambahan sahaja. Kalau nota subjek lain disediakan seperti mana Dr. Zamri lakukan, alangkah baiknya…saya hanya print nota-nota tersebut dan bersedia untuk kuliah berkenaan.

Pengetahuan baru tentang Stail KMK ialah, ianya terdiri daripada Keys Dimensions of Decision Styles (puas berfikir apa maksud keys of dimensions dalam bahasa melayu) iaitu Information Use dan Solutions Focus. Selain daripada itu, Gaya Membuat Keputusan dan ciri-cirinya diterangkan dan dibandingbezakan. Gaya Membuat Keputusan yang dibincangkan ialah Decisive, Hierarchic, Fleksibel, Intergrative dan Systemic.

Teringat sewaktu mula mengajar dahulu, saya ditugaskan di sebuah sekolah perempuan yang mengamalkan sukaneka sebagai sukan tahunannya. Sekolah itu tidak mempunyai padang, sekadar sebuah taman yang cukup selesa untuk larian 25 meter secara menyerong dari hujung ke hujung. Saya merupakan guru yang paling muda dan telah dilantik menjadi setiausaha sukan. Terkenal dengan sifat lembut dan lembik, semenjak di bangku sekolah rendah dan menengah, saya tidak pernah terlibat dengan aktiviti sukan, ….nasib baik semasa di maktab, kurikulum dan kemahiran pendidikan jasmani diajar.

Saya telah diberi masa tiga hari untuk membuat keputusan sama ada mahu menubuhkan sebuah pasukan olahraga sekolah untuk bertanding di peringkat zon atau menarik diri. Tanpa pengetahuan dan pengalaman dalam bidang sukan, tiada kemudahan peralatan sukan, tiada tempat untuk berlatih, bagaimana saya mahu melakukannya. Guru Besar sekolah merupakan seorang paderi wanita yang mengamalkan gaya Decisive, langsung tidak memberi peluang kepada saya untuk menyatakan pendapat. Beliau membuat keputusan untuk menubuh pasukan olahraga sekolah dan mengarahkan saya menyelesaikan semua kekangan yang timbul.

Saya tahu saya tiada pilihan lain. Saya telah menghubungi beberapa orang ibu bapa yang telah saya kenal pasti mempunyai pengalaman dalam bidang sukan. Kebanyakannya adalah ibu bapa murid-murid yang telah saya saring untuk mewakili sekolah dalam beberapa acara olahraga. Alangkah beruntungnya saya masa itu kerana mendapat kerjasama daripada mereka.

Saya juga telah menghubungi rakan-rakan lelaki yang menjadi setiausaha sukan di sekolah-sekolah yang berhampiran untuk menumpang padang dan kemudahan sukan sekolah mereka, di samping menunjuk ajar murid olahraga sekolah saya. Dalam masa yang sama, saya juga turut belajar kemahiran-kemahiran melatih acara-acara yang berkaitan.

Ibu bapa yang terlibat telah menyusun atur jadual untuk menghantar kami ke sekolah berkenaan dan mereka turut serta dalam sesi latihan. Ini merupakan perancangan yang kami atur untuk mengetahui keperluan kemahiran dan melengkapkan peralatan sukan olahraga yang perlu ada di sekolah. Berkat usaha gigih ibu bapa yang membantu dan bantuan PIBG, akhirnya pasukan sekolah kami berjaya menjadi johan dalam acara perbarisan, berjaya masuk ke peringkat akhir dalam acara lari dan lompat tinggi walaupun hanya mendapat tempat kedua dan ketiga. Beberapa orang murid dari sekolah saya telah dipilih mewakili zon ke peringkat negeri. Saya begitu puas hati.

Setelah belajar dan mengetahui berkaitan gaya membuat keputusan dalam penyelesaian masalah, saya boleh membuat kesimpulan yang saya telah memberi respon yang betul kepada guru besar saya yang begitu decisive . Secara kebetulan, tidak keterlaluan jika saya membuat kesimpulan bahawa saya dan ibu bapa yang terlibat pada ketika itu mengambil pendekatan gaya intergrative dan mengamalkan natural style dalam mencapai matlamat sekolah.